Lagi isu nama Allah

Penegasan Allah bahawa Dia tidak beranak dan diperanakkkan tersebut dalam Surah Al-Ikhlas. Dalam surah tersebut dinyatakan bahawa DiriNya adalah suci dari segi ZatNya, SifatNya, AfaalNya dan juga Asma'Nya. Maka nama Allah itu adalah Asma'Nya yang Maha Suci lagi Maha Agung untuk dipergunakan oleh puak Kristian yang berf...ahaman bahawa Tuhan itu beranak dan sebagainya.

Dalam Islam kita wajib menjaga kesucian Allah dari hatta Asma'Nya. Barangsiapa yang merendah-rendah kemuliaan Asma' Allah itu maka dikhuatiri orang tersebut tergelicir dari akidahnya. Kejadian yang menimpa negara kita adalah disebabkan sikap kita juga yang tidak memuliakan kebesaran Asma' Allah yang Maha Suci.

Tidak usahlah kita pergi jauh, berapa ramaikah dari kita menjaga kemulian ayat Basmalah atau Bismillah. Ianya dicetak sewenang-wenangnya atas kad-kad kahwin, atas kalendar tahunan, dan bermacam-macam lagi surat yang mana penghujungnya ianya akan masuk dalam bakul sampah

Sedangkan ayat Bismillah itu adalah termasuk dalam Surah Al-Fatihah dimana jika tidak membacanya maka batallah bacaan fatihah di dalam sembahyang kita. Banyak lagi tempat-tempat dimana ayat-ayat Allah disalahgunakan ataupun diperendahkan kemuliaannya. Jadi kita juga harus mengambil iktibar dari perkara tersebut sehing...ga orang-orang bukan Islam mengambil kesempatan untuk memain-mainkan nama Allah ini.

Comments

ahmad humairi said…
Allah Maha Besar, Maha suci Allah...bila melihat cetakan dalam Bahasa Melayu saya sangat terkejut...iaya dakyah kristian memesongkan akidah orang Melayu..
tukang kapan said…
YANG PENTING IMAM ABDUL WAHAB MEMPERTAHANKAN AQIDAH......
refah00 said…
Hang ni memang suka buat lawak la tukang kapan.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat