Kedatangan Imam Mahdi

Saya sarankan bacalah buku Kiamat hampir tiba karya Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam[Abu Ali Al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.Diceritakan dengan jelas tentang Imam Mahdi, Dajal dan penurunan Nabi Isa.

Antara dalil kedatangan Imam Mahdi ialah riwayat daripada Abdullah b Mas'ud r.r berkata: Rasulullah saw bersabda: Dunia tidak akan hilang [kiamat] sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku yang namanya sama dengan namaku.-h r Tirmizi

Tanda-tanda Imam Mahdi akan di baiah;
1]Munculnya sebuah bintang yang berekor di ufuk timur dan bintang ini akan kelihatan di atas langit selama 3 malam atau 7 malam berturut-turut.
2]Gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan dan gerhana matahari pada pertengahan bulan, di mana peristiwa yang seumpama ini belum pernah berlaku sepanjang sejarah dunia.
3]Kemudian di musim haji pada tahun itu akan berlaku huru-hara sehingga sampai terjadi bunuh-membunuh di kawasan Mina dan darah pun akan mengalir di sekitar Jumrah al-Aqabah.Dan akan berlaku juga rompakan terhadap harta orang-orang yang sedang melaksanakan ibadat haji itu.
4]Muncul tapak tangan yang terhulur dari langit sehingga dapat disaksikan di kebanyakan tempat bersama dengan satu suara seruan dari langit Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Imam al-Mahdi.Dalam satu riwayat yang lain ada disebutkan bahawa suara seruan itu ialah Sesungguhnya wali-wali Allah itu ialah pengikut Imam al-Mahdi.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat