Posts

Showing posts from 2024

Hukum Pindahkan Zakat ke Negeri Lain

Image
Dalam mazhab Syafii, qaul muktamad kata tak boleh pindah zakat ke negeri lain berdasarkan hadis yang dipesan oleh Baginda صلى الله عليه وسلم ketika menghantar Sayyidina Muaz ke Yaman: «أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم، وترد في فقرائهم» Baik kita ambik dalam mazhab Hanbali pulak berdasarkan kitab al-Mughni Ibnu Qudamah: (وَلَا يَجُوزُ نَقْلُ الصَّدَقَةِ مِنْ بَلَدِهَا إلَى بَلَدٍ تُقْصَرُ فِي مِثْلِهِ الصَّلَاةُ) الْمَذْهَبُ عَلَى أَنَّهُ لَا يَجُوزُ نَقْلُ الصَّدَقَةِ مِنْ بَلَدِهَا إلَى مَسَافَةِ الْقَصْرِ. Daripada ibarat ni kita tau tak harus pindahkan zakat ke tempat yang lebih 2 marhalah, iaitu jarak boleh buat solat qasar. Dalam kitab yang sama dalam masalah ni dinyatakan: وَرُوِيَ عَنْ الْحَسَنِ وَالنَّخَعِيِّ أَنَّهُمَا كَرِهَا نَقْلَ الزَّكَاةِ مِنْ بَلَدٍ إلَى بَلَدٍ، إلَّا لِذِي قَرَابَةٍ. Dapat difaham kata MAKRUH memindahkan zakat ke negeri lain, kecuali jika dibayar kepada orang yang mempunyai hubungan KERABAT dengan kita. Jadi, walaupun sah zakat tersebut namun makr...

Untaian Syair Bunga Melati

Image
Cuplikan dari "Untaian Syair Bunga Melati". Puji dan syukur Lillahi Akbar Atas nikmatnya kecil dan besar Sholawat akmal beserta salam Di atas Nabi Pelita Alam Dan atas keluarganya Nabi Fathimah, Hasan, Husein dan Ali Dan turunannya Hasan dan Husein Hingga kiamat beserta Qur`an Sebelum sesuatu terjadi Allah jadikan cahyanya Nabi Allah jadikan dari cahya-Nya Nur Nabi Muhammad kekasih-Nya Dan segenap para Nabi Dijadikan dari cahaya Nabi Demikian pun Arsy dan Kursi Loh, Qalam, Syurga, Bidadari Dan langit, bumi, bulan dan bintang Dan matahari yang sangat terang Dan lain-lain makhluknya Rabbi Asal mula dari cahaya Nabi Jika tak kerna wujudnya Nabi Tak ada Syurga dan Bidadari Tak ada Arsy, Loh dan Qalam Tak ada Kursi tak ada alam

Kenapa Ambo Hantam Wahabi

Image
May be ada yg akan kata kat saya - sakan no la ni hantam org nu hantam org ni - bila akhir² ni saya byk kritik manhaj wahabi dan mereka yg pro wahabi. Saya nak jawab agak panjang sikit berdasarkan kritikan sorang ulama Hadis tersohor, Syeikh Abdullah al-Ghumari Terhadap tokoh Hadis Wahabi, al-Albani. Harap baca sampai habis. Bila saya sebut Syeikh, ia merujuk kpd Syeikh Abdullah al-Ghumari. Syeikh membawakan kalam Imam Abu Ali ad-Daqqaq: الساكت عن الحق شيطان أخرس Sudah tentu kita tak mau jadi syaitan bisu dgn alasan wala' dll. Syeikh menyatakan bahawa memperingatkan golongan sesat lagi menyeleweng drpd syariat Allah, yg mendustakan Quran & Hadis adalah satu kewajipan yg tak patut dicuaikan. Jika org yg "sakau" dlm urusan dunia umat Islam kita beri peringatan, maka lebih utama org yg menipu kaum Muslimin dgn menyebarkan aqidah yg rosak dan fatwa² yg menyeleweng, yg berdusta atas nama ulama, huffaz dan mujtahidin, yg melanggar Ijmak, yg mengharamkan yg halal dan mengha...

Adakah Asyairah Bercanggah Dengan Salaf?

Image
  Dalam kes RUU WP ni, kita tengok macam-macam hal – tentang siapakah Asyairah, Maturidiyah, Salaf, Khalaf dll. Ada pulak hamba Allah yang dakwa ilmuan yang kata Aqidah Imam Syafii sama macam Aqidah Asyairah tu BODOH. Nanti dulu Syeikh, yang kata tu bukannya Tok Lobai sangkut tapi ulama besar. Mu gi baca kitab “Tobaqat asy-Syafiiyah al-Kubra” susunan Imam Tajuddin as-Subki, mu gi baca Maqalat Imam al-Kautsari dll. Kata lebih-lebih kat Mr. X ni nanti ada pulak “pentaqdis” dia kata ambo tak beradab. Cuma dalam penulisan kali ni, Ambo nak sebut apa yang dipegang oleh Asyairah, dan adakah berlainan dengan pegangan ulama salaf. Ambo ambil daripada kalam ulama seumpama Imam Qadhi al-Qudhoh Badruddin Ibnu Jamaah yang wafat pada tahun 733H: Firman Allah Taala: وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ – إبراهيم: 4 Maka Allah telah mengutuskan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan Bahasa kaumnya, iaitu Bahasa Arab yang jelas lagi nyata denga...