Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah
وأول التشاجر الذي ورد + إن خضت فيه واجتنب داء الحسد Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم adalah sebaik-baik kurun, maka berhajat kpd jawapan apa yg berlaku antara mereka di antara perselisihan yg membawa kesamaran tentang kecelaan terhadap hak mereka. Sedangkan mereka tidak berterusan melakukan maksiat secara sengaja sekalipun mereka bukan maksum. Telah berlaku perselisihan antara Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah رضي الله عنهما . Para sahabat telah berpecah kpd 3 puak: 1- Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Ali dan berperang bersama dengannya. 2- Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Muawiyah dan berperang bersama dengannya. 3- Tawaqquf. Berkata ulamak: Siapa yg betul dapat 2 pahala dan siapa yg salah dapat 1 pahala. Allah dan Rasul telah menyaksikan bagi mereka al-Adalah (keadilan). Yang dikehendaki dgn takwil perkara tersebut ialah kita memalingkan...