Nukilan Perasaan Isu Coklat dan Tariqat - Tiada Yang Maksum Melainkan Nabi SAW
Merujuk kepada perbalahan masyarakat akhir2 ini tentang isu Cadbury, DNA babi, tariqat sesat dan sebagainya, saya teringat kepada prinsip keenam dalam usul isyrin Imam Hasan al-Banna yang bermaksud: "Pandangan (kata2) setiap orang boleh diterima dan ditolak kecuali Nabi SAW yang maksum.Setiap apa yang datang daripada para salafus soleh, yang selari dengan kitab dan sunnah adalah diterima.Jika tidak maka Kitab dan Sunnah adalah lebih utama untuk diikuti.Kita tidak menyarankan sebarang kecaman kepada peribadi tertentu pada masalah yang diperselisihkan.Terserah kepada niat mereka, apa yang mereka lakukan telah pun berlalu." Hanya Rasulullah SAW yang maksum kerana Baginda adalah penunjuk ke jalan yang lurus yang disokong oleh wahyu.Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dan tidaklah ia bercakap menurut hawa nafsu semata2.Dia tidak bercakap melainkan mengikut wahyu yang diwahyukan. (surah an-Najm: ayat 3-4 ) Manakala yang selain daripada Rasulullah SAW, maka co...