Rujuklah Tafsir Muktabar: Jangan Memandai2
Dalam kempen terbaru P/raya Teluk Intan, ada pihak suruh sokong calon DAP berdasarka ayat Al-Quran yang ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4 bermaksud: “Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira. ” Hujah mereka : “Umat Islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN. ” Bagi al-faqir, ayat tersebut perlu dilihat dengan tafsiran yang muktabar dan bukan boleh secara sewenang2nya mentafsir...