Memadamkan Pertelingkahan
Sejak zaman-berzaman, kebanyakan umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan yang tinggal di Selatan Thailand merupakan pengikut golongan Kaum Tua(bermazhab Syafii).Mereka telah sinonim dan sebati dengan amalan2 talkin dan sepertinya.Tambahan pula,amalan2 seperti ini telah dibukukan di dalam kitab2 jawi kulit kuning yang dibacakan di pondok2 dan madrasah2 yang diasaskan oleh para Tuan Guru golongan Kaum Tua. Ulama tersohor seperti Syeikh Daud al-Fatanitelah mengarang sendiri berpuluh2 buah kitab jawi kulit kuning.Beliau yang dianggap sebagai mujaddid di Alam Melayu juga tidak lupa membicarakan amalan2 seperti ini di dalam kitab2 karangannya. Hakikatnya dalam masalah ini, tiada sesiapa atau tiada pihak yang boleh mendakwa bahawa pegangan merekalah yang paling betul dan paling tepat.Permasalahan bidaah amalan2 ini merupakan suatu perkara yang diperselisihkan oleh para ulama tersohor sejak lama dahulu. Contohnya Imam Syafii sendiri telah berpendapat bahawa bidaah adakalanya ...