Panduan Mencegah Kemungkaran
Sesungguhnya kalimah mungkar merangkumi makruh dan haram.Kedua2nya diingkari oleh syarak sekalipun perkara makruh tidak ada siksa ke atas pelakunya dalam karahah at-tanzih, dan balasannya adalah ringan daripada perkara haram dalam karahah at-tahrim.Mengingkari makruh yang awal(tanzih) adalah sunat dan bukannya wajib. Manakala makruf yang disuruh pula merangkumi wajib dan sunat.Adapun meninggalkan perkara sunat tidak berdosa manakala meninggalkan perkara wajib adalah berdosa.Oleh itu menyuruh melakukan kewajipan adalah wajib dan menyuruh melakukan perkara sunat adalah sunat. Syarat perkara mungkar yang hendak dicegah ialah perkara tersebut berlaku secara terang-terangan tanpa perlu tajassus(menyiasat secara rahsia).Ini kerana Allah Taala menegah daripada tajassus dan meyuruh menyembunyikan keaiban.Tidak harus melakukan tajassus hatta seorang Imam(Hakim) dan al-Muhtasib(orang yang diizinkan untuk mencegah kemungkaran seperti pegawai pencegah maksiat) sebagaimana yang disebut oleh I...