Kewajipan Berdakwah Mencegah Kemungkaran
Firman Allah Taala: ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون “Dan hendaklah ada di antara kamu satu jamaah yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran: 104) Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ketika menerangkan ayat ini mengatakan ayat ini menunjukkan wajib berdakwah kerana kalimah ولتكن adalah fiil mudhari’ yang didahului لام الأمر . Dalam ayat ini juga menjelaskan bahawasanya kejayaan yang haqiqi terikat dengan usaha dakwah di mana Allah mengkhususkan mereka yang melaksanakan kerja dan usaha dakwah dengan ayat وأولئك هم المفلحون . Ayat ini juga menerangkan bahawa Amar Makruf Nahi Mungkar adalah fardhu kifayah bukannya fardhu ain. Sekiranya satu jamaah di kalangan Muslimin melaksanakannya maka gugurlah kefardhuannya daripada o...