Kisah Nabi SAW Menjadi Peniaga dan Perkahwinan Nabi SAW Dengan Siti Khadijah
Berkata al-Imam Fakhruddin ar-Razi bahawasanya kesemua bapa2 Nabi Muhammad SAW adalah beragama Islam. Di antara yang menunjukkan perkara demikian ialah sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sentiasalah aku berpindah daripada sulbi2 yang mulia kepada rahim2 yang mulia.” Dan Allah Taala telah berfirman yang bermasud: “Sesungguhnya orang2 Musyrik adalah najis.” Maka mestilah tidak ada seorang pun daripada datuk2 Baginda adalah seorang musyrik. Adalah Ummu Aiman menjadi penjaga Baginda selepas kematian ibundanya dan Nabi SAW bersabda kepadanya: “Engkau adalah ibuku selepas ibuku.” Kemudian datuknya Abd Muttalib yang menjaga Baginda pula meninggal dunia ketika Baginda berumur 8 tahun ketika datuknya berusia 110 tahun, dan dikatakan 140 tahun. Kemudian Baginda dipelihara Abu Talib dan namanya adalah Abd Manaf. Adb Muttalib telah berwasiat kepadanya tentang Baginda kerana beliau adalah saudara kandung Abdullah. Ketika Rasulullah SAW berusia 12 tahun, Baginda keluar bersama bapa sau...