Tuesday, September 27, 2011
Raqib dan Atid:2 Malaikat atau Malaikat yang sama
Sunday, September 25, 2011
Berita Gembira Kepada Golongan Asya'irah
Al-Hafiz Ibnu Asakir meriwayatkan dalam kitabnya Tabyin Kazbil Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas: "Tatkala turunnya ayat ini, lalu Rasulullah SAW bersabda: "Mereka kaummu wahai Abu Musa, dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda kepada Abu Musa al-Asy'ari"
Imam al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai sahih atas syarat Sahih Muslim.Hadis di atas juga diriwayatkan oleh at-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Sa'd dalam kitabnya at-Tabaqat al-Kubra dan at-Tabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir.Al-Hafiz al-Haithami berkata dalam kitabnya Mujma' az-Zawaid bahawa rijal (para perawi) hadis tersebut adalah sahih.
Al-Imam al-Qurtubi berkata dalam kitab tafsirnya menaqalkan daripada kata2 Imam al-Qushayri: "Maka para pengikut Abu Hasan al-Asy'ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang Nabi maka maksudnya ialah para pengikut."
Saturday, September 24, 2011
Hukum hudud sesuai di Malaysia
Hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini jika kerajaan bersedia menggubal Akta Mahkamah Syariah.
Sebagai umat Islam, kita perlu bersedia melaksanakan hukum Allah. Bagaimanapun, perkara itu perlu melalui beberapa proses dan Akta Mahkamah Syariah perlu dipinda.
Jika Kelantan mahu laksana hudud mereka boleh lakukan, tetapi melaksanakan hukum itu perlu pindaan Akta Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Mohamad Isa berkata, mana-mana negeri boleh melaksanakan hukum hudud, tetapi perlu diusulkan terlebih dahulu di Parlimen untuk meminda Akta Mahkamah Syariah di bawah Bidang Kuasa Jenayah 1984.
Menurutnya, bidang kuasa yang ada hukumannya terhad dan jika Kerajaan Negeri mahu melakukan hukum hudud perlu perluaskan lagi mengikut hukum tersebut.
“Hukuman terhadap jenayah syariah hari ini adalah, penjara selama lima tahun atau denda RM5,000 atau sebatan enam kali. Jika hukum hudud mahu dijalankan ke atas orang Islam perlu diperincikan seperti mana dituntut.
“Sebagai contoh, jika orang itu mencuri, tangannya dipotong atau berzina direjam dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda, Kerajaan Negeri boleh melakukannya sendiri dengan membawa usul tersebut ke Parlimen.
Bagaimanapun, kuasa masih di atas Kerajaan Persekutuan, jika pindaan itu tidak diluluskan hukum itu masih belum boleh dilaksanakan.
Undang-undang Kerajaan Negeri bertentangan dengan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Jika Parlimen sudah luluskan baru hukum hudud boleh dilakukan di mana-mana negeri.
Hudud sesuai dilaksanakan di Malaysia.Apa salahnya kerajaan pusat bagi peluang mana2 kjaan negeri yang nak laksanakan Islam?Sekarang era Najib dan bukan era Mahathir!ISA dah dihapuskan.Elok digantikan dengan undang2 jenayah Islam daripada gantikan ISA dengan akta yang lebih zalim.Cukuplah berpolitik dendam ni. Cara politik zaman 60-an,70-an dan 80-an dah tak relevan dah.Orang Melayu Islam jangan lagi berpolitik untuk kepentingan peribadi dan parti masing2.Tapi berpolitiklah untuk kepentingan rakyat jelata khususnya umat Islam.
Langkah pertama ialah pinda undang2 yang membenarkan mana2 negeri yang ingin melaksanakan hukum kanun Islam.Boleh jadi ini ramalan ulama bahawa Islam akan bangkit semula dari arah Timur.Dan boleh jadi umat Islam di Malaysia akan menjadi mereka yang akan berada di barisan hadapan di kalangan tentera Imam Mahdi kelak.Ayuh kita kembalikan kegemilangan Islam di Nusantara sewaktu zaman kegemilangan kesultanan Melayu di mana hukum kanun Islam dilaksanakan.