Posts

Showing posts from October, 2025

Manusia Berbeza Antara Satu Sama Lain

Image
  Allah Taala memberikan keistimewaan kepada anak-anak Adam dengan segala nikmat-Nya yang khusus lalu Dia menjadikan mereka sebaik-baik ciptaan melebihi kebanyakan ciptaan-Nya. Allah Taala menjadikan mereka sebaik-baik makhluk, tabiat yang paling sempurna, susunan kejadian yang paling seimbang, kehidupan yang penuh kenikmatan, sebaik-baik perjalanan menuju tempat Kembali sesuai dengan kurniaan akal yang sedar serta harapan yang jelas memimpin mereka. Allah Taala jualah yang menghiasi manusia dengan keindahan adab yang baik, budi pekerti yang mulia, lantaran itu mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Allah Taala juga memuliakan Pembina ke atas binaannya, raja ke atas hambanya, pemimpin ke atas rakyatnya, supaya menjadi jalan agar mereka mengetahui perbezaan antara Pencipta dan makhluk, di samping hujah yang jelas bagi mengesahkan kewujudan Pencipta yang Qadim (azali). Cuma mereka yang keras hati, ingkar dan angkuh Sahaja yang akan menafikannya. Dengan belas ...