Malam tadi aku dengar Forum Perdana sempena tahun baru kat Stadium.Ahli panel Dato' Dr Harun DIn, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.Pengerusi panel ialah Ustaz Kamal Asyari.
Aku cukup tersentuh dengan kata2 Dato' Tuan Ibrahim tentang Biah Solehah.Teringat kenangan di KISAS `1997-2000.Alangkah indahnya kalau negeri yang dikuasai Parti Islam dapat mewujudkan Biah Solehah.
Aku juga terharu dengan doa doa penutup Dato' Harun DIn yang begitu mendayu.Tertanam dalam diri azam baru yang mungkin akan mengejutkan rakan taulan yang mengenali diri ini.
Dalam masa yang sama aku terharu Syeikh Radhi Tabligh(Siak Masjid Zahir) boleh bernasyid di pentas kerajaan PAS.Ternyata hasrat aku untuk menyatukan PAS dan Tabligh dalam satu pentas sudah dilaksanakan oleh orang yang berkenaan.Tak sia2 aku pangkah PAS Dun Anak Bukit dan PKR Parlimen Kuala Kedah.(Sebenarnya YB PKR tu pun ahli PAS yang dipinjamkan untuk jaga hati PKR).
Dalam tempoh setahun juga aku telah cuba berdakwah kepada kawan2 aku dalam Pemuda UMNO tapi ternyata dalam UMNO tiada istilah tarbiyah dan dakwah.Akhirnya aku menyedari yang yang usaha sebenar adalah berpolitik dan berdakwah di dalam PAS.Ahli2 UMNO/BN perlu ditarik ke dalam PAS untuk ditarbiyah kerana di dalam UMNO tidak ada politik Islam.Yang ada hanyalah "poli taik".Dengan ini aku mengisytiharkan diriku kembali ke pangkuan PAS dan akan taat,patuh dan wala' kepada Majlis Syura Ulama PAS yang dipimpin oleh Mursyidul Am selagi mana tidak diperintah kepada maksiat.Doakanlah agar aku dikurniakan istiqamah sehinggalah dapat nikmat yang paling besar kelak di akhirat iaitu melihat zat Allah.Amin ya Rabbal Alamin.