Sunday, December 23, 2007

Dapat jQAF lak

Alhamdulillah dapat jugak aku n member2 aku jQAF.Terpaksa jadi murid dan dalam masa yang sama jadi ustaz.Jadi murid kepada pensyarah dan jadi ustaz kepada budak2.Aku dapat Sek Keb Sik.Kursus lak kat Institut Perguruan Perlis.Alhamdulillah dapat dalam negeri Kedah gak.Bukannya apa.Mak aku risau nak kena hantar Sabah n Sarawak.

Hmmm.Entahlah.Boleh ke tak aku hadapi karenah budak2 jQAF nanti.Tapi kalau orang lain boleh.Member2 aku yang lain pun boleh.Ya tak.Apa yang lebih penting bagi aku ialah dapat ganjaran daripada Allah kerana bentuk jiwa2 menuju hadratNya.

Ya Allah!Aku adalah insan yang lemah.Maka kuatkanlah imanku dan azamku untuk melaksanakan apa saja tugas yang diamanahkan olehMu.Walaupun jQAF ni kerajaan yang bagi aku menganggap pada hakikatnya ia amanah daripada Allah.Allahumma Yassir.