Orang Yang Berpegang Kuat Dengan Tauhid Akan Selamat
Dalam riwayat yang diberitakan Imam Muslim: Barangsiapa yang menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad adalah UtusanNya, nescaya Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka. Sekali peristiwa telah datang seorang Arab dusun kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu berkata: Duhai Rasulullah! Apa yang wajib aku tahu? Jawab Baginda: Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada menyengutukan sesuatu dengan Allah, nescaya dia akan memasuki syurga. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyengutukan sesuatu dengan Allah, nescaya dia akan memasuki neraka. Pernah Baginda berkata kepada Muaz: Wahai Muaz! Tiada seorang hamba yang menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan UtusanNya, dengan perasaan yang benar dari benak hatinya, melainkan Allah Taala akan mengharamkan dirinya dai api neraka. Lalu berkata Muaz: Duhai Rasulullah! Apakah boleh aku memberitahukan orang ramai berita ini, supaya mereka gembira?!...