Posts

Orang Yang Berpegang Kuat Dengan Tauhid Akan Selamat

Image
  Dalam riwayat yang diberitakan Imam Muslim: Barangsiapa yang menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad adalah UtusanNya, nescaya Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka. Sekali peristiwa telah datang seorang Arab dusun kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu berkata: Duhai Rasulullah! Apa yang wajib aku tahu? Jawab Baginda: Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada menyengutukan sesuatu dengan Allah, nescaya dia akan memasuki syurga. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyengutukan sesuatu dengan Allah, nescaya dia akan memasuki neraka. Pernah Baginda berkata kepada Muaz: Wahai Muaz! Tiada seorang hamba yang menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan UtusanNya, dengan perasaan yang benar dari benak hatinya, melainkan Allah Taala akan mengharamkan dirinya dai api neraka. Lalu berkata Muaz: Duhai Rasulullah! Apakah boleh aku memberitahukan orang ramai berita ini, supaya mereka gembira?!...

Tauhid Itu Nikmat Yang Besar Dan Buahnya Ialah Taat

Image
Orang yang mendakwa ada lagi tuhan yang lain selain Allah, tidak berdiri dengannya apa alasan pun, malah alasannya itu semuanya jelas batil dan mustahil, tidak boleh dipakai. Sebab itu orang yang mendakwa itu sentiasa bercabang-cabang lisannya, sebagaimana Firaun yang dikutuki Allah itu sendiri memakai argumen yang sama. Demikian pula dengan Raja Namruz, sebagaimana yang diberitakan Tuhan, dari hal berhujjahnya kepada Nabi Ibrahim al-Khalil alaihis-salam, seperti yang tertera di dalam al-Quran: ألم تر إلى الذي حاج إبراهيم في ربه أن آتاه الله الملك إذ قال إبراهيم ربي الذي يحيي ويميت، قال أنا أحيي وأميت. قال إبراهيم فإن الله يأتي بالشمس من المشرق فأت بها من المغرب. فبهت الذي كفر. والله لا يهدي القوم الظالمين. – البقرة: 258 “Tidakkah engkau mahu lihat kepada siapa yang berhujjah kepada Ibrahim tentang Tuhannya, bahawa dia telah diberikan Allah kerajaan, ketika Ibrahim berkata kepadanya: Tuhanku yang menghidupkan dan mematikan. Dia pula berkata: Aku pun menghidupkan dan mematikan jug...

Kaum Musyrik Adalah Kaum Yang Sesat

Image
Kaum musyrik adalah kaum yang sesat. Mereka itu adalah orang-orang yang menyeru Tuhan selain Allah Taala, Maha Suci Tuhan dari apa yang mereka serukan itu setinggi-tinggi kesucian, dan mereka ini tergolong kepada beberapa golongan. Orang musyrik itu ada banyak macamnya; ada yang musyrik, yakni menduakan Tuhan, ada yang atheis, ada yang ingkar dan sebagainya. Mereka semua adalah sesat, dan setengah mereka lebih sesat dari setengah yang lain. Malah ada yang berat kufurnya, banyak bohong dan dustanya, namun tiada satu pun dari antara mereka yang mempunyai hujjah atau alasan sama sekali. Dalam Quran banyak ayat menerangkan siksa ke atas musyrik. Kalau sudah dikenakan larangan yang keras dan siksa yang berat yang dijanjikan bagi orang menyeru tuhan yang lain di samping Allah, dan menyekutukan yang lain dalam ketuhananNya, padahal dia berikrar dan mengaku keuluhiyahan dan ketuhanan Allah, maka bagaimana berat halnya dan merbahaya akibatnya pula dengan orang yang mengingkari adanya Tuhan ...

Persoalan Qunut Subuh

Meskipun ada hadis yang menerangkan tentang syariat qunut Subuh, namun masih ada pihak tertentu yang menyatakan ia adalah bidaah. Lantaran darjat hadis tersebut dipandang sebagai hadis lemah, maka disimpulkan bahawa qunut Subuh adalah produk dalil yang lemah. Proses pembidaahan tentang qunut Subuh ini tidak lazim dalam disiplin ilmu hadis dan fiqh. Ini kerana kebanyakan para Imam Mazhab ketika berhadapan dengan dalil dhoif, mereka hanya ikhtilaf sahaja tidak sampai membidaahkannya. Apalagi bagi Imam Nawawi yang berpandangan “Hadis dhoif mesti didahulukan berbanding pendapat sesiapa pun.” Qunut dalam solat Subuh memang merupakan sebahagian daripada masalah yang diperselisihkan oleh para ulama. Sebahagian ulama tidak menerima dalil tentang qunut Subuh namun sebahagian yang lain tetap memandang bahawa hadis tentang qunut Subuh itu ada dan kuat. Dalam kitab Subulus Salam Bab Tatacara Solat disebutkan beberapa hadis yang ada kaitan dengan dasar landasan syarak qunut Subuh. Hadis-hadis...

Aurat Lelaki Ketika Solat

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Pada tulisan kali ni ambo nak bayan sikit tentang aurat lelaki khususnya dalam solat. Ambo bahagikan kepada dua. Bahagian pertama:- Pendapat ulama tentang aurat lelaki. Bahagian kedua:- Isu semasa tentang aurat lelaki. Ambo hazafkan dalil2 untuk memudahkan pembaca. Bagi ahli ilmu boleh la merujuk kepada kitab2 asal bagi setiap mazhab. Ambo cuba untuk tak taksub kepada mana2 pendapat dengan izin Allah. Maka ambo pun mulakan dengan taufiq hidayah Allah. Bahagian pertama:- Pendapat ulama tentang aurat lelaki. Ambo mulakan dulu dengan pendangan ulama mazhab Zohiriyah. Kata Syeikh Ibnu Hazm dalam kitab al-Mahalli: “Aurat yang wajib ditutup daripada pandangan orang dan dalam solat bagi lelaki ialah zakar dan halaqah dubur sahaja; manakala paha bukannya aurat.” Imam Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni menyebut: “Menutup aurat daripada pandangan orang supaya tak menampakkan kulit adalah wajib, dan syarat sah solat. Inilah yang disebut Imam Syafii d...

Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah

Image
وأول التشاجر الذي ورد + إن خضت فيه واجتنب داء الحسد Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم adalah sebaik-baik kurun, maka berhajat kpd jawapan apa yg berlaku antara mereka di antara perselisihan yg membawa kesamaran tentang kecelaan terhadap hak mereka. Sedangkan mereka tidak berterusan melakukan maksiat secara sengaja sekalipun mereka bukan maksum. Telah berlaku perselisihan antara Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah رضي الله عنهما . Para sahabat telah berpecah kpd 3 puak: 1-       Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Ali dan berperang bersama dengannya. 2-       Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Muawiyah dan berperang bersama dengannya. 3-       Tawaqquf. Berkata ulamak: Siapa yg betul dapat 2 pahala dan siapa yg salah dapat 1 pahala. Allah dan Rasul telah menyaksikan bagi mereka al-Adalah (keadilan). Yang dikehendaki dgn takwil perkara tersebut ialah kita memalingkan...