Posts

Showing posts from 2019

Perkara Wajib Kita Tahu Tentang Penghulu Kita

Image
Bismillahir Rahmanir Rahim. Selawat dan salam ke atas penghulu kami dan tuan kami Sayyidina Muhammad, dan ahli keluarganya serta para sahabat Baginda. Ini adalah peringatan apa yang patut ke atas individu Muslim menghafaznya, dan yang wajib ke atas orang yang mempunyai agama mengetahuinya, daripada nasab Rasulillah صلى الله عليه وسلم , dan kelahirannya, kehidupannya, pengutusanya sebagai Rasul, dan peringatan tentang hal ehwal peperangannya, dan mengetahui nama2 anaknya, bapa dan ibu saudaranya, isteri2 Baginda. Maka sesungguhnya orang yang mengetahui perkara2 tersebut mempunyai martabat mengatasi martabat mereka yang jahil tentangnya, sebagaimana bahawasanya mengetahui perkara tersebut mendapat kemanisan iman di dalam jiwa. Dan tidaklah diimarahkan majlis2 yang baik selepas majlis Kitab Allah Azza wa Jalla daripada khabar2 Rasulillah صلى الله عليه وسلم , dan kami telah mengitsbatkan dalam ringkasan kami ini daripada perkara tersebut. Dan kepada Alah Taala jual

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Image
    Beliau adalah al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin, Yahya b Syaraf b Muriy an-Nawawi ad-Dimasyqi. Imam ahli zamannya dari segi ilmu dan ibadat.                          Beliau dilahirkan pada bulan Muharram 631H. Ketika berumur 7 tahun, beliau tidur di sebelah ayahnya pada malam 27 Ramadhan. Berkata ayahnya; “Beliau terjaga sekitar pertengahan malam lalu mengejutkanku lalu bertanya;- Wahai ayah, apakah cahaya ini yang memenuhi rumah kita? Lalu beliau mengejutkan sekelian ahli keluarga, namun kami semua tidak melihat sesuatu pun. Kata ayahnya; “Maka tahulah aku bahasanya itu adalah Lailatul Qadar.”                      Berkata seorang wali Allah, Syeikh Yasin b Yusuf al-Marakisyi (wafat 687H) [1] ; “Aku melihat Syeikh ketika umurnya 10 tahun di Nawa. Kanak-kanak lain memaksa beliau bermain bersama-sama [2] namun beliau lari daripada mereka dan menangis dengan paksaan mereka dan beliau membaca al-Quran ketika itu. Maka timbul di hatiku perasaan kasihkannya. Ayahnya menyuru