Posts

Showing posts from February, 2020

Aurat Lelaki Ketika Solat

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Pada tulisan kali ni ambo nak bayan sikit tentang aurat lelaki khususnya dalam solat. Ambo bahagikan kepada dua. Bahagian pertama:- Pendapat ulama tentang aurat lelaki. Bahagian kedua:- Isu semasa tentang aurat lelaki. Ambo hazafkan dalil2 untuk memudahkan pembaca. Bagi ahli ilmu boleh la merujuk kepada kitab2 asal bagi setiap mazhab. Ambo cuba untuk tak taksub kepada mana2 pendapat dengan izin Allah. Maka ambo pun mulakan dengan taufiq hidayah Allah. Bahagian pertama:- Pendapat ulama tentang aurat lelaki. Ambo mulakan dulu dengan pendangan ulama mazhab Zohiriyah. Kata Syeikh Ibnu Hazm dalam kitab al-Mahalli: “Aurat yang wajib ditutup daripada pandangan orang dan dalam solat bagi lelaki ialah zakar dan halaqah dubur sahaja; manakala paha bukannya aurat.” Imam Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni menyebut: “Menutup aurat daripada pandangan orang supaya tak menampakkan kulit adalah wajib, dan syarat sah solat. Inilah yang disebut Imam Syafii d