Posts

Showing posts from September, 2020

Persoalan Qunut Subuh

Meskipun ada hadis yang menerangkan tentang syariat qunut Subuh, namun masih ada pihak tertentu yang menyatakan ia adalah bidaah. Lantaran darjat hadis tersebut dipandang sebagai hadis lemah, maka disimpulkan bahawa qunut Subuh adalah produk dalil yang lemah. Proses pembidaahan tentang qunut Subuh ini tidak lazim dalam disiplin ilmu hadis dan fiqh. Ini kerana kebanyakan para Imam Mazhab ketika berhadapan dengan dalil dhoif, mereka hanya ikhtilaf sahaja tidak sampai membidaahkannya. Apalagi bagi Imam Nawawi yang berpandangan “Hadis dhoif mesti didahulukan berbanding pendapat sesiapa pun.” Qunut dalam solat Subuh memang merupakan sebahagian daripada masalah yang diperselisihkan oleh para ulama. Sebahagian ulama tidak menerima dalil tentang qunut Subuh namun sebahagian yang lain tetap memandang bahawa hadis tentang qunut Subuh itu ada dan kuat. Dalam kitab Subulus Salam Bab Tatacara Solat disebutkan beberapa hadis yang ada kaitan dengan dasar landasan syarak qunut Subuh. Hadis-hadis