Posts

Showing posts from May, 2013

Harus Berburu Dengan Setiap Haiwan Pemangsa Yang Melukakan

Image
Harus berburu dengan setiap haiwan pemangsa yang melukakan seperti burung pemburu(helang), anjing dan beruang yang terlatih.Maka jika dia tidak dapat menyembelihnya tanpa kecuaian hinggakan buruan itu mati, halal ia kerana firman Allah Taala: أحل لكم الطيبات وما علمتم من الجوارح Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu akan yang baik-baik dan apa yang kamu ajari daripada haiwan yang melukakan” Syarat2 terlatihnya itu lima.Yang pertama bahawa adalah ia terlatih kerana ayat itu.Terlatihnya itu adalah dengan bahawa ia berlepas dengan dilepaskan.Iaitu ia bergerak dengan dia(tuan) menyuruh dan dengan bahawa ia terhenti dengan dia(tuan) menyuruh berhenti pada permulaan dan selepas laju larinya.Kata Imam Syafii: “Apabila kamu suruh anjing itu maka dia menerima arahan dan apabila kamu menegahnya maka dia menerima tegahan maka ia mukallab(terlatih). Dan dengan bahawa ia memegang buruan itu untuk diambil oleh orang yang melepaskannya.Dan dengan bahawa ia tidak makan darinya, iaitu