Posts

Showing posts from September, 2015

Islam Menjawab Tiga Persoalan Utama Manusia

Image
Islam sebenarnya adalah jawapan2 yang sohih bagi tiga soalan yang berligat di pemikiran manusia sejak dulu hingga kini.Tiga persoalan itu adalah:-      1)       Dari mana kita datang?        2)       Kenapa kita datang ke dunia ini?      3)       Ke mana kita akan pergi selepas ini? Jawapan2 yang tepat bagi persoalan2 ini telah diberitahu oleh Rasulullah SAW yang terkandung dalam pengajaran Islam. Mengenai soalan yang pertama telah berfirmah Allah Taala dalam ayat 5-7 surah at-Toriq yang bermaksud: “Maka hendaklah manusia memikirkan daripada apa dia diciptakan.Dia diciptakan daripada antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.Sesungguhnya Allah benar2 berkuasa untuk mengembalikannya (hidup setelah mati)." Ayat ini dan seumpamanya di dalam al-Quranul Karim menerangkan bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah Taala daripada tanah iaitu Nabi Adam a.s.Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia daripada pati air mani yang hina. Manakala bagi soalan