Posts

Showing posts from August, 2018

Awal Perjalanan Menuju Allah

Image
Allah Taala berfirman: من كان يريد العاجلة عجلنا له فيها ما نشاء لمن نريد, ثم جعلنا له جهنم يصلاها مذموما مدحورا. ومن أراد الآخرة وسعى لها سعيها وهو مؤمن فأولئك كان سعيهم مشكورا. ( الإسراء: 18-19 )              Perkataan Al-‘Ajilah yang ditafsirkan dengan maksud “Kehidupan yang sekarang”, bererti dunia.              Jika orang yang menuntut dunia, apatah lagi jika ia mengejarnya dengan penuh tenaga dan perhatian, akan tersungkur ke dalam api neraka serta ditimpa cela dan hina, maka sudah sewajarnyalah bagi orang yang waras fikiran membelakanginya dan memelihara diri daripadanya.              Adapun perkataan Al-Akhirah yang ditafsirkan dengan maksud Hari Akhirat, bererti syurga.              Orang yang mencita-citakan masuk syurga tidak cukup hanya dengan berangan-angan saja, malah hendaklah disertakannya dengan keimanan dan amal soleh; iaitu sebagaimana yang ditunjuk oleh firman Allah Taala yang tersebut di atas tadi, yang bermaksud: “ Lalu ditujukan usahanya ke j