Posts

Showing posts from July, 2012

Ijazah amalan@zikir daripada orang mati kepada orang hidup

Pada malam aku diisra`kan Allah s.w.t. aku berjumpa dengan Nabi Ibrahim. Baginda berkata kepadaku:- "Ya Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu dan khabarkan kepada mereka bahawa sesungguhnya syurga itu amat subur dan airnya pun tawar, tanamannya adalah subhanaAllah wal hamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar ." Pehin Mufti Brunei telah menjadikan kisah ini antara dalil bagi mengharuskan ijazah amalan atau zikir daripada orang mati kepada orang hidup. Ini dinyatakan dalam kertaskerja beliau yang diterbitkan oleh Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dengan jodol " Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ", pada mukasurat 101 - 102 Almarhum Pehin menyatakan antara lain:- Kalau kiranya ada dikatakan zikir-zikir Muhammadiyah itu dapat ijazah daripada Rasulullah dalam Kaabah, jangan lekas mengingkari, (se)bagaimana disiarkan oleh media massa, iaitu tersebut dalam hadis-h