Posts

Showing posts from March, 2012

PENGARUH ULAMA’ PONDOK DALAM PENENTUAN TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA

Image
Ilmu Falak ialah suatu cabang ilmu unik dan sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Sebelum dikupas kedudukan ilmu ini dari kaca mata yang berbeza, suka dipetik tulisan Sdra. Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia di dalam Utusan Malaysia pada 31 Ogos 2004 mengenai hubungan kepentingan ilmu falak dalam mentadbir aturan hidup manusia :- Sebelum Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra berlepas ke London untuk merundingkan tuntutan kemerdekaan daripada Kerajaan Inggeris, beliau telah meminta nasihat daripada al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim. Al-Marhum Tunku Abdul Rahman beranggapa n bahawa beliau perlu berjumpa dengan al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim kerana pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu. Al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab "AM KHIR ATANA", yakni tahun baik datang kepada kita - bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Belia

Metod Pendidikan Muslim

Image
Adakah mungkin bagi kaum Muslimin mempunyai metod pendidikan?Metod pendidikan yang bersumber langsung dari al-Quran dan Sunnah?Jika mungkin itu ada, mengapa orang2 Islam tidak mengambil faedah dari metod ini? Kita tertanya2, mengapa tokoh2 didik kita di dunia Islam berarah ke Timur dan Barat untuk mengimport fikiran2 dan mencari teori2 dari balik pagar kawat dan dari seberang gelombang badai?Mengapa ahli2 akademik itu menelan dari hidangan2 mereka?Untuk mencari kaedah2 budi pekerti serta ilmu jiwa dan ilmu sosiologi?Padahal kita punya khazanah besar yang sangat prinsipal. Sejarah telah menjadi saksi bahawa pada suatu masa tokoh2 kita telah mengembangkan ilmu2 kemanusiaan dan mengembangluaskan pada empat benua besar di dunia. Mereka mengotori dunia dan menyuluhi alam serta menetapkan hak2 bagi manusia. Akan tetapi ahli akademik sekarang memakai falsafah Darwin, ajaran Ferwed, John Dewed an Doer Khaim dalam lapangan pendidikan, ilmu jiwa dan masyarakat.Falsafah Marxis dan Engle d