Posts

Showing posts from June, 2011

ISLAM - Negara Berkebajikan

Image
Sebab itu tidak menghairankan sekiranya pemimpin Umno menyifatkan tindakan PAS mengutarakan matlamat ‘Membangun Negara Berkebajikan’ itu sebagai menggugurkan misi perjuangan menubuhkan Negara Islam. Mohd Nasir Awang, Harakahdaily Nampak sangat masih ramai yang tidak faham konsep Negara Islam. Justeru, tidak pelik mengapa setiap kali kalimah itu disebut, dapat kita dengar dan baca komen dan reaksi negatif serta tidak munasabah dari khalayak umum. Amat mendukacitakan apabila tanggapan serong terhadap Negara Islam bukan hanya datang daripada orang bukan Islam. Ia bahkan turut terpacul dari mulut orang-orang Islam sendiri. Oleh kerana pihak paling akrab kepada kalimah itu ialah PAS, maka pihak paling gemar mempertikai dan mempersendakan konsep Negara Islam setiap kali ia dibual bicarakan ialah para pemimpin dan penjuak Umno. Mereka terlalu angkuh di tampuk kuasa sehingga sanggup menganggap konsep pemerintahan berteraskan agama suci murni itu suatu ancaman kepada hegemoni kuasa Barisan Nasi

Taubat menurut Imam al-Ghazali

Image
Taubat seperti dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya ulumuddin" adalah sebuah makna yang terdiri dari tiga unsur: ilmu, hal dan amal. Ilmu adalah unsur yang pertama, kemudian yang kedua hal, dan ketiga amal. Ketahuilah bahawa sesungguhnya taubat adalah maqam yang pertama bagi para salikin(orang yang berjalan menuju Allah).Taubat merangkumi tiga martabat iaitu ilmu, hal dan amal.Maka ilmu adalah martabat yang pertama. Kerana ia adalah asal kepada ikatan iman Billah dan Lillah. Manakala hal pula ialah yang kedua kerana ia adalah perasaan yang terhasil daripada ilmu.Yang ketiga pula adalah amal hati dan anggota badan yang terhasil setelah timbul hal(perasaan). “Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”al-Haj:54 “Dan juga orang-or