Posts

Showing posts from August, 2014

Sekitar Disyariatkan Tasawuf dan Hakikat Tasawuf ( Part 1 )

Image
Penentang ahli sufi mendakwa bahawa tasawuf adalah suatu bidaah yang diseludup masuk ke dalam Islam.Mereka juga mendakwa bahawa ia tidak dikenali melainkan selepas tiga kurun yang pertama.Mereka juga mendakwa ia tidak ada sanad atau sandaran daripada Kitab dan Sunnah berhujahkan kalimah “Tasawuf” atau “Sufiyyah ( صوفية ) tidak warid dalam al-Quran al-Karim dan hadis Rasul SAW mahupun atsar para sahabat.   Jawapan kepada perkara tersebut: Sesungguhnya kami ketika mencari hukum tasawuf, tak dapat tidak mesti mendatangkan haqiqatnya berdasarkan qaedah yang masyhur:  “ الحكم على الشيء فرع عن تصوره “ “Hukum ke atas sesuatu perkara diambil daripada gambaran perkara tersebut” Jadi apakah haqiqat tasawuf yang didakwa bahawa ianya bidaah yang diseludup ke dalam Islam? Kami bawakan sebahagian daripada takrifannya dari segi istilah yang menggambarkan haqiqatnya: Di mana al-Imam Abu Muhammad al-Jariri r.a telah mentakrifkannya sebagai:- “Masuk ke dalam setiap akhlak yan