Posts

Showing posts from July, 2014

Adab Ketika Berpuasa

Image
Para masyaikh menulis enam perkara sebagai adab ketika berpuasa.Adab2 itu sangat perlu diambil berat oleh sesiapa yang berpuasa. 1) Menjaga penglihatan daripada memandang "sesuatu yang tidak patut", sehingga dikatakan bahawa seseorang itu jangan memandang isterinya pun dengan syahwat, apatah lagi perempuan bukan mahram.Demikian juga janganlah memandang tempat2 yang melalaikan dan yang tidak harus.Ahli sufi menafsirkan "sesuatu yang tidak patut dipandang" sebagai apa sahaja perkara yang boleh mengalihkan tumpuan hati daripada Allah lalu tertumpu ke arah lain. 2) Menjaga lidah daripada berbohong, mengumpat, bercakap sia2, bercakap kotor, bergaduh dan sebagainya.Semoga Allah meletakkan kita dalam penjagaanNya kerana kita terlalu lalai dalam perkara ini.Bukan sahaja orang awam, bahkan orang2 beragama pun terlibat sama.Bukan sahaja mereka yang dikatakan ahli dunia, majlis2 ahli agama pun umumnya tidak sunyi daripada perbuatan ini.Lebih teruk lagi daripada itu