Posts

Showing posts from 2022

Taqrir Matan Abi Syuja'

Image
TAQRIR MATAN ABI SYUJA’ Ringkasan Riwayat hidup pengarang kitab             Di dalam at-Tobaqat al-Kubra karya Imam as-Subki dalam Tobaqat (generasi) kelima ulama yang mengikuti mazhab al-Imam Abi Abdillah asy-Syafii R.A di kalangan ulamak yang wafat selepas 500H (no 567)…dinyatakan beliau ialah Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Asbahani al-Qadhi Abu Syuja’, penyusun kitab “al-Ghayah fi al-Ikhtisor”. Diriwayatkan bahawa beliau belajar di Basrah lebih daripada 40 tahun dalam mazhab Syafii.             Berkata Syeikh Hani al-Haj: “Abu Syuja’ lahir pada tahun 433H di Basrah. Beliau dilantik jawatan Menteri pada tahun 447H lalu menyebarkan keadilan dan agama. Beliau tidak akan keluar daripada rumahnya hinggalah bersolat dan membaca al-Quran. Dalam menyebarkan kebenaran beliau tidak menghiraukan cacian pencaci.             Beliau telah mempelajari di Basrah lebih daripada 40 tahun dalam mazhab Imam Syafii R.A. Kemudian beliau bermukim di Madinah Munawwarah membersihkan Masjid Nabi yan