Posts

Showing posts from January, 2010

Facebook | Foto Noorin Hidayati Mat Daud - budak skolah

Facebook | Foto Noorin Hidayati Mat Daud - budak skolah

Zat Allah yang kamalat

Oleh kerana ada isu nama Allah hari itu biar saya ulaskan sikit siapa Allah sebab ramai yang tak kenal Allah.Allah itu Ilah.Bermula Ilah itu kalimah bahasa Arab dan maknanya dengan BM itu tuhan dan madlul tuhan itu zat yang bersifat dengan sekalian sifat kamalat. Zat ialah diri sesuatu benda.Kalau zat kayu,ketul kayu.Kalau zat batu,ketul batu.Kalau zat manusia,tubuh manusia.Zat Tuhan diri Tuhan(Mukhalafatuhu lil hawadis). Maka zat Tuhan itu tiada siapa pun yang mengetahuinya melainkan Tuhan sendiri.Ia bukannya jirim.Demikian juga sifatnya bukan 'aradh.Jirim ialah tiap2 perkara yang berhajat kepada ruang untuknya.Adapun 'aradh itu ialah tiap2 sifat yang menumpang pada jirim.Zat Allah bukan jirim dan sifatNya bukan 'aradh. Makna sifat kamalat ialah sifat kesempurnaan dan kemuliaan yakni diri sifat itu cukup mulia dan cukup sempurna.Dan bukanlah sifat itu menyempurnakan zat Tuhan kerana zat Tuhan itu cukup mulia dan cukup sempurna.Jadi adakah patut zat Allah yang cukup mulia d

Lagi isu nama Allah

Penegasan Allah bahawa Dia tidak beranak dan diperanakkkan tersebut dalam Surah Al-Ikhlas. Dalam surah tersebut dinyatakan bahawa DiriNya adalah suci dari segi ZatNya, SifatNya, AfaalNya dan juga Asma'Nya. Maka nama Allah itu adalah Asma'Nya yang Maha Suci lagi Maha Agung untuk dipergunakan oleh puak Kristian yang berf...ahaman bahawa Tuhan itu beranak dan sebagainya. Dalam Islam kita wajib menjaga kesucian Allah dari hatta Asma'Nya. Barangsiapa yang merendah-rendah kemuliaan Asma' Allah itu maka dikhuatiri orang tersebut tergelicir dari akidahnya. Kejadian yang menimpa negara kita adalah disebabkan sikap kita juga yang tidak memuliakan kebesaran Asma' Allah yang Maha Suci. Tidak usahlah kita pergi jauh, berapa ramaikah dari kita menjaga kemulian ayat Basmalah atau Bismillah. Ianya dicetak sewenang-wenangnya atas kad-kad kahwin, atas kalendar tahunan, dan bermacam-macam lagi surat yang mana penghujungnya ianya akan masuk dalam bakul sampah Sedangkan ayat Bismillah i
Image
Salam. Ini adalah sedutan daripada buku yang bakal diterbitkan oleh Tuan Guru Dr. Jahid bin Sidek berhubung fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas beliau. Moga-moga penjelasan ini membantu pihak yang terkeliru. Sekian. WASIAT LISAN AL-MARHUM TUAN GURU IMAM ISHAK UNTUK AL-MARHUM IMAM HAJI SANI DI AKHIR TAHUN 1990. Adalah nyata salahnya sesiapa juga yang beranggapan bahawa keizinan atau kebenaran yang diberikan oleh al-Marhum Tuan Guru Imam Haji Ishak kepada khalifahnya untuk membawa suluk hanya menerusi SURAT WASIAT yang telah dipaparkan di atas sahaja. Sebabnya di samping surat wasiat tersebut, adanya WASIAT SECARA LISAN telah dibuat oleh al-marhum Tuan Guru Imam Haji Ishak. AM seharusnya mengambil perhatian berat dan janganlah beliau mengabaikan perkara tersebut demi kebenaran ilmiah dan kebenaran ilmu serta amalan tarekat. Rata-rata para khalifah dan murid al-marhum Tuan Guru Imam Hj. Ishak tidak tahu adanya WASIAT LISAN (Ini termasuk AM lebih-lebih lagi), sebab WASIAT LISAN didengar