Posts

Showing posts from January, 2012

Kisah Kekeramatan Syeikh Qutbuddin

Image
Kata Ibnu Battutah: Aku telah membeli seorang budak suruhan berbangsa Turki di Naisabur dan apabila Syeikh Qutbuddin melihat budak suruhan itu bersama2 denganku, beliau berkata, “Budak suruhan ini tidak baik bagimu.Juallah dia.” Aku pun berkata, “Baiklah!” Aku pun menjual budak suruhan itu pada keesokan harinya dan ia dibeli oleh seorang peniaga.Selepas itu, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Syeikh Qutbuddin dan berangkat pergi.Ketika aku singgah di kota Bistam, salah seorang sahabatku menulis kepadaku dari Naisabur dan memaklumkan bahawa budak suruhan tersebut telah membunuh seorang kanak2 berbangsa Turki lalu ia dihukum bunuh.Ini merupakan suatu keramat yang jelas dimiliki oleh Syeikh Qutbuddin r.a. Aku berjalan dari Naisabur ke kota Bistam.Dengan nama kota inilah, al-Syeikh al-Arif Abu Yazid al-Bistami ra yang terkenal itu dikaitkan.Makamnya terletak di kota itu dan bersebelahan dengan makamnya iaitu di bawah kubah yang sama ialah makam salah seorang anak Ja’far al-Sadiq ra.M

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 1)

Image
Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah: Gerakan Tajdid & Pemikiran Najdiyyin Di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Tajuk: Wacana Religio-Intelektual Najdiyyin: Pro & Kontra Terhadap Peranannya pada Tamaddun Ummah Oleh: Dr. Asmadi Mohamed Naim Profesor Madya Universiti Utara Malaysia 24 Januari 2010 Abstrak: Artikel ini bertujuan menjelaskan aliran Gerakan Najdiyyin dengan merujuk secara khusus pembawaan Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab dan alirannya. Artikel ini cuba untuk memahami siapakah pendokong, penyanggah dan mereka yang agak pertengahan dalam mengkritik beliau. Artikel ini juga mendatangkan isu-isu yang diperjuangkan oleh Sheikh ini dan beberapa tuduhan oleh pihak penentang. Pandangan penulis dalam artikel ini adalah dengan merujuk buku-buku pendokong dan penyanggah aliran ini. Di akhirnya penulis membentangkan beberapa isu yang mungkin akan meneruskan ketidaksepakatan dan fitnah berterusan antara kedua-dua pihak. Semoga Allah SWT mengurniakan k

Beradab Dengan Ahlul Bait Rasulullah SAW

Image
Sayyidina Umar ra mahu memasukkan sebuah tapak yang dimiliki oleh Sayyidina Abbas, ayahanda saudara Nabi ke dalam kawasan Masjid Nabawi.Akan tetapi, Sayyidina Abbas menentang kehendaknya itu.Di tapak tersebut, terdapat pancuran yang mengalirkan air ke dalam kawasan masjid, lalu Umar ra mencabutnya dengan berkata, "Pancuran ini mengganggu orang ramai." Abbas ra membantah perbuatan Umar ra itu.Akhirnya mereka berdua bersetuju menjemput Ubayy ibn Ka'ab ra untuk menghakimi perbalahan mereka.Mereka berdua datang ke rumah Ubayy b Ka'ab ra tetapi beliau tidak membenarkan mereka berdua masuk sehingga beberapa ketika.Akhirnya, mereka memasuki rumahnya dan Ubayy ibn Ka'ab berkata, "Jariahku sedang membasuh kepalaku tadi." Umar ra mahu memulakan percakapan tetapi ditahan oleh Ubayy ra yang berkata, "Biarkan Abu al-Fadl(Iaitu Abbas ra) bercakap dahulu kerana kedudukannya sebagai ahli keluarga Rasulullah SAW." 'Abbas berkata, "Tanah itu ialah tapak

TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH

Image
Majlis2 usrah yang diadakan secara berterusan mempunyai tujuan2 yang lebih khusus dari majlis2 yang lain.Tujuan2 utama usrah terangkum dalam 10 tujuan berikut: 1.Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur Islam kepada anggota2 supaya dapat menentukan sikap atau hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan. 2.Meningkatkan penghayatan amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam sama ada secara peribadi (fardi) atau berjamaah (jama’i) . 3.Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah. 4.Membina aqliyah jamaiyah di kalangan anggota agar mereka senantiasa memberi keutamaan kepada gerak-kerja secara jama’I atau bertindak mengikut kaedah2 atau keputusan yang dibuat oleh jamaah. 5.Menyalurkan arahan2 jamaah atau gerakan dalam rangka pembinaan anggota mahupun program2 mengislahkan masyarakat dan pemerintahan. 6.Menggiat dan m

Usrah yang Berjaya

Image
MEMAHAMI DAN MENGHAYATI CIRI2 USRAH YANG BERJAYA MUQADDIMAH Usrah adalah satu dari institusi tarbiyah yang paling berkesan untuk mendidik dan melahirkan insan haraki.Ini adalah kerana unit2 USRAH diwujudkan secara terancang dan tersusun, serta dilaksanakan sesuai dengan tahap keperluan anggota2 yang berada di dalamnya.Melaluinya anggota2 yang sudah memperlihatkan kecintaan terhadap Islam, dapat dididik dengan cara diberikan kefahaman yang benar terhadap tasawwur Islam dan kaedah2 bagaimana cita2 keIslaman dapat diperjuangkan.Kefahaman yang benar lagi bersih serta fikrah harakah adalah menjadi syarat asasi kepada setiap petugas pemimpin Harakah Islamiyah. Seluruh petugas Harakah Islamiyah perlu menyedari bahawa cita2 dan kejayaan harakah sentiasa bergantung kepadaKEKUATAN DAN KESELAMATAN saf pemimpin jamaah di semua peringkat.Segala usaha dan jalan yang telah dirintis oleh pemimpin dewasa ini, perlu disambung dan disempurnakan oleh generasi pemimpin pelapis berikutnya.Kesinambun

Kalimah Tayyibah-Iman

Image
(KALIMAH TAYYIBAH) IMAN Pengertian iman dari segi bahasa ialah percaya dengan yakin kepada perkataan seseorang yang dipercayai kewibawaannya dan dalam istilah agama iman bererti mempercayai dengan penuh keyakinan berita(ghaib) yang dibawa oleh Rasul tanpa melihat semata2 kerana wibawa seorang Rasul. Allah swt berfirman: “Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu(Wahai Muhammad) melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Aku.Oleh itu sembahlah kamu semua akan Aku.”(Al-Anbiya:25) Allah swt berfirman: “Sesungguhnya orang2 yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hatinya dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nya bertambah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”(Al-Anfal:2) Allah swt berfirman: “Adapun orang2 yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada(agamaNya), nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpahan kurniaNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang

Akibat Berpegang Kepada Amal

Image
Berkata Ibn Atoillah as-Sakandari: “Sebagian tanda berpegang(manusia) atas amal ialah kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan2.” Berpegang kepada sesuatu ialah bersandarkan kepadanya dan bergantung kepadanya.Amal pula ialah pergerakan jisim atau hati.Jika pergerakan tersebut bertepatan dengan syariat dinamakan taat dan jika bercanggah dengan syariat dinamakan maksiat. Amalan2 menurut ahli tasauf terbahagi kepada 3: amal syariat, amal tariqat dan amal haqiqat.Atau engkau katakan amal Islam, amal Iman dan amal Ihsan.Atau kamu katakan amal ibadat, amal ubudiah dan amal abudah(hurriyah).Atau kamu katakan amal ahli permulaan, amal ahli pertengahan dan amal ahli kemuncak. Syariat adalah untuk kamu menyembahNya, tariqat adalah engkau menumpu tujuan kepadaNya, haqiqat untuk kamu menyaksikanNya.Atau kamu katakan syariat untuk mengelokkan zahir, tariqat untuk mengelokkan hati, haqiqat untuk mengelokkan lubuk hati. Memperelokkan anggota badan dengan 3 perkara: taubat, ta