Usrah yang Berjaya


MEMAHAMI DAN MENGHAYATI CIRI2 USRAH YANG BERJAYA

MUQADDIMAH

Usrah adalah satu dari institusi tarbiyah yang paling berkesan untuk mendidik dan melahirkan insan haraki.Ini adalah kerana unit2 USRAH diwujudkan secara terancang dan tersusun, serta dilaksanakan sesuai dengan tahap keperluan anggota2 yang berada di dalamnya.Melaluinya anggota2 yang sudah memperlihatkan kecintaan terhadap Islam, dapat dididik dengan cara diberikan kefahaman yang benar terhadap tasawwur Islam dan kaedah2 bagaimana cita2 keIslaman dapat diperjuangkan.Kefahaman yang benar lagi bersih serta fikrah harakah adalah menjadi syarat asasi kepada setiap petugas pemimpin Harakah Islamiyah.

Seluruh petugas Harakah Islamiyah perlu menyedari bahawa cita2 dan kejayaan harakah sentiasa bergantung kepadaKEKUATAN DAN KESELAMATAN saf pemimpin jamaah di semua peringkat.Segala usaha dan jalan yang telah dirintis oleh pemimpin dewasa ini, perlu disambung dan disempurnakan oleh generasi pemimpin pelapis berikutnya.Kesinambungan dalam penghayatan, teori dan keupayaan meneruskan gerak kerja adalah ciri2 tabiat gerakan yang berjaya.Oleh yang demikian kesinambungan perancangan dan gerak-kerja hanya dapat diwujudkan sekiranya ada perwarisan FIKRAH dan ORIENTASI kerja dan pengurusan yang tersusun yang diberikan oleh pemimpin semasa kepada pemimpin pelapis mereka.

Pewarisan FIKRAH dan orientasi pengurusan organisasi serta program2 jamaah, perlu menjadi kegiatan utama kepada jamaah bagi menjamin penerusan fikrah dan penghayatan Manhaj Islami sentiasa terpelihara.Satu dari saluran pembinaan FIKRAH dan orientasi yang dimaksudkan ialah USRAH.

Oleh yang demikian USRAH perlu difahami dan dihayati secara wajar supaya saluran ini, dapat dimanfaatkan dengan sebaik2nya oleh pemimpin dan anggota jamaah di semua peringkat.

Berikut ini dikemukakan beberapa perkara pokok tentang Usrah dengan harapan, panduan2 ini dapat memenuhi sebahagian dari kefahaman dan penghayatan yang diperlukan oleh anggota Harakah Islamiyah.In sya Allah.

PENGERTIAN USRAH

Perkataan USRAH berasal dari kalimah Bahasa Arab yang bererti keluarga.Penggunaan istilah ini(USRAH), pada umumnya adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa dan puak.

Dalam kontek Harakah Islamiyah: “USRAH bererti satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan aqidah(kesatuan keimanan), kesatuan pemikiran(fikrah), kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita2 perjuangan untuk bekerjasama dan bantu-membantu memperkukuh Jamaah Islam dari berbagai sudut bagi membolehkan kerja2 amal jamai dan amal Islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyah.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat