Akibat Berpegang Kepada Amal


Berkata Ibn Atoillah as-Sakandari: “Sebagian tanda berpegang(manusia) atas amal ialah kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan2.”

Berpegang kepada sesuatu ialah bersandarkan kepadanya dan bergantung kepadanya.Amal pula ialah pergerakan jisim atau hati.Jika pergerakan tersebut bertepatan dengan syariat dinamakan taat dan jika bercanggah dengan syariat dinamakan maksiat.

Amalan2 menurut ahli tasauf terbahagi kepada 3: amal syariat, amal tariqat dan amal haqiqat.Atau engkau katakan amal Islam, amal Iman dan amal Ihsan.Atau kamu katakan amal ibadat, amal ubudiah dan amal abudah(hurriyah).Atau kamu katakan amal ahli permulaan, amal ahli pertengahan dan amal ahli kemuncak.

Syariat adalah untuk kamu menyembahNya, tariqat adalah engkau menumpu tujuan kepadaNya, haqiqat untuk kamu menyaksikanNya.Atau kamu katakan syariat untuk mengelokkan zahir, tariqat untuk mengelokkan hati, haqiqat untuk mengelokkan lubuk hati.

Memperelokkan anggota badan dengan 3 perkara: taubat, taqwa dan istiqamah.Memperelokkan hati dengan 3 perkara: ikhlas, benar dan tomakninah.Memperelokkan lubuk hati dengan 3 perkara: muraqabah, musyahadah dan makrifah.Atau kamu katakan memperelokkan zahir dengan meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah.Memperelokkan hati dengan membuang sifat2 keji dan memasukkan sifat2 terpuji.Memperelokkan lubuk hati(ruh2) dengan merendahkan dan melenturkannya hinggalah hati menjadi halus dan dipenuhi dengan adab dan tawadhuk dan akhlak yang mulia.

Ketahuilah perbahasan di sini adalah mengenai amalan2 yang dapat menyucikan anggota atau hati atau ruh.Manakala ilmu2 dan makrifah, ianya adalah natijah daripada penyucian dan pembersihan tersebut.Apabila ruh telah suci, ia akan dipenuhi dengan ilmu, makrifat dan cahaya.Tidak sah berpindah kepada maqam yang lain hinggalah sempurna perjalanan pada maqam sebelumnya.Sesiapa yang cemerlang pada permulaannya maka akan cemerlang pula penghujungnya.Tidak boleh berpindah kepada amal tariqat hinggalah sempurna amal syariat dengan bertaubat berserta syarat2nya.Serta dihiasi dengan taqwa bersama rukun2nya.Juga beristiqamah dengan pelbagai amalan.Semua ini dengan mengikuti Rasulullah SAW dalam perkataan, perbuatan dan hal ehwal Baginda SAW.Maka apabila suci zahir dan bercahaya dengan syariat barulah boleh berpindah daripada amalan syariat yang zahir kepada amalan tariqat yang batin.Iaitu penyucian daripada perihal buruk manusia.Apabila telah suci daripada sifat2 mazmumah barulah diisi dengan sifat2 kerohanian yang mulia; iaitu beradab bersama Allah dalam tajalliNya, yakni penzahiran kuasaNya dalam penciptaan makhluk.Ketika itu, selesalah anggota badan daripada keletihan.Tidak ada yang tinggal melainkan adab yang baik dengan Allah.

Berkata sebahagian muhaqqiqin: “Sesiapa yang sampai kepada haqiqat Islam tidak patut meninggalkan amalan.Dan siapa yang sampai kepada haqiqat iman tidak patut melakukan amalan kecuali kerana Allah.Dan siapa yang sampai kepada haqiqat ihsan tidak patut untuk berpaling kepada selain Allah.Seorang murid tidak boleh bergantung dalam menjalani maqam Islam, Iman dan Ihsan dirinya dan amalannya serta daya upayanya.Bahkan ia mesti bergantung kepada kuasa dan rahmat Tuhannya serta taufiq dan hidayah Allah.Firman Allah dalam surah al-Qasas:68: “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih(satu2 dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih(selain dari pilihan Allah).”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat