Posts

Showing posts from February, 2010
Kedudukan ayahanda, bonda Nabi SAW Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW. Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW. Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi. Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW. Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan

Solat istikharah

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim, Abu Ya’la, Ibnu Hibban, al-Bazzar-dengan sanad yang jayyid-, at-Tirmizi, dari hadis Saad b Abi Waqas ra daripada Rasulullah SAW : “Antara kebahagiaan anak Adam ialah minta istikharah dengan Allah, dan antara kebahagiaan anak Adam redha dengan ketentuan Allah, dan antara kecelakaan anak Adam meninggalkan istikharah kepada Allah dan antara kecelakaan anak Adam ialah benci dengan ketentuan Allah.” Solat istikharah adalah sunat di sisi Jumhur dan menggabungkan antara istikharah kepada Allah dan mesyuarat dengan manusia adalah sunnah.Berkata Qatadah: “Tidaklah bermesyuarat suatu kaum yang inginkan ridha Allah kecuali diberi hidayah kepada jalan yang paling baik”. Kaifiat solat istikharah: Dibaca selepas al-Fatihah dalam kedua-dua rakaat surah yang dikehendaki.Sebahagian ulama memilih untuk dibaca surah Yasin, separuh di rakaat pertama dan separuh lagi di rakaat kedua.Sebahagian ulama memilih surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas.Syeikh Ibrahim al-Khalil

Kelebihan Menyambut Maulid Nabi SAW

KELEBIHAN MENYAMBUT MAULID NABI S.A.W Di dalam artikel ini disebut beberapa kisah kelebihan menyambut Maulid Nabi yang saya sedut dari kitab I’anah al-Tolibin. Sekali pun kisah yang dipaparkan ini tidak boleh dijadikan dalil yang qot’ei tetapi ia berperanan sebagai merangsang individu muslim meraikan Maulid Nabi dalam usaha menambah kecintaan umat Islam kepada baginda s.a.w. Kisah-kisah tersebut bukanlah rekaan semata-mata yang direka untuk kepentingan peribadi, tetapi kisah ini diselitkan juga oleh ulama’ yang lain di dalam kitab mereka sebagai sumber pengajaran yang boleh dimanfaatkan bersama. Di dalam kitab I’anah al-Tolibin disebut bahawa pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, terdapat seorang pemuda di Basrah yang tidak elok perangainya. Oleh kerana perangainya yang buruk, maka penduduk Basrah memandang keji kepadanya. Tetapi, apabila masuk bulan Rabi’ul Awwal, maka pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaian yang cantik serta mengadakan k

Maulid menurut perspektif ulama

MENURUT PERSPEKTIF ULAMA’ Ramai di kalangan ulama’ yang menulis secara khusus mengenai keharusan maulid dalam kitab-kitab mereka. Di antaranya Imam al-Hafiz al-Suyuti. Ketika beliau ditanya tentang hukum mengadakan majlis Maulid Nabi s.a.w. pada bulan Rabi’ul Awwal sama ada dicela atau tidak dan adakah diberikan pahala bagi orang yang menyambutnya, beliau menjawab,” Amalan pokok yang dilakukan di dalam majlis perkumpulan, bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, kemudian dibaca sirah-sirah nabi dan kisah-kisah yang berlaku ketika kelahirannya. Setelah itu, mereka makan bersama dan bersurai, tidak lebih dari itu. Amalan seperti ini bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) yang diberikan pahala bagi orang yang melakukannya kerana dalam amalan ini terdapat suasana membesarkan Nabi s.a.w. dan melahirkan rasa gembira di atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia. Beliau menceritakan bahawa orang yang pertama menyambut Maulid Nabi s.a.w. ialah seorang raja yang adil di negeri Irbil (berdekatan dengan S

Lagi Dalil tentang Maulid

lagi dalil dalil tentang maulid... 1)Al-Quran 1. Al-A'raf ayat 157 bermaksud: "Maka orang-orang yang beriman dengannya, memuliakannya dan menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya." Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan biberikan pahala oleh Allah. Begitu juga menyambut hari kebesaran lain. 2.Al-Haj ayat 32: "Dan sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Tuhan, sesungguhnya ia adalah manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Allah" Nabi SAW merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah kerana dengan kemunculan Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah. 3.Al-Ahzab ayat 56: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." Islam memberikan ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW s

Maulid nabi menurut sahabat

MAULID Nabi Saw Menurut Para Sahabat RA Dari buku An Nikmatul Kubro oleh Ibnu Hajar al Haitami Apakah kata-kata Sahabat-sahabat ra dan tabi'in-tabi'in tentang amalan-amalan Maulid ini. Untuk itu kita lihat di dalam kitab An Nikmatul Kubro Alal'Alami yang ditulis oleh Al Imam 'Alim Al 'Alamah Shabuddin Ahmad ibnu Hajar AlHaitami Asy Syafie pada muka surat 7 Telah berkata Sayidina Abu Bakar As Siddiq ra Barangsiapa membelanjakan satu dirham atas membaca Maulidin Nabi SAW, adalah dia sahabatku di dalam Syurga." Saiyidina Umar r.a. pula berkata, "Barangsiapa membesar-besarkan Maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya dia menghidupkan Islam." Saiyidina Usman r.a. menyebut, "Barangsiapa membelanjakan satu dirham ke atas Maulidin Nabi maka seolah-olahnya dia telah syahid di dalam peperangan Badardan Hunain." Dan Saiyidina Ali k.w. berkata pula, "Barangsiapa membesar-besarkan Maulid Nabi SAW, adalah iaitu sebagai sebab bagi bacaannya itu, dia tidak a

Dalil2 disyariatkan Maulid Nabi

Dalil Pertama Bahawa merayakan hari keputeraan Nabi صلى الله عليه وسلم, melambangkan satu kegembiraan dan kebahagiaan terhadap junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Malah orang kafir (abu Lahab) juga mendapat manfaat dengan kegembiraan ini.(1) Telah disebutkan di dalam kitab al-Bukhari, bahawa Abu Lahab telah diringankan siksaannya pada tiap-tiap hari Itsnin kerana ia telah membebaskan hambanya Tsuwaibah, apabila hambanya itu membawa khabar akan keputeraan Nabi صلى الله عليه وسلم. Hal ini juga diterangkan dalam sebuah syair al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Nasiruddin ad-Dimasyqi:- إِذَكَانَ هَذَا كَافؤرًا جَاءَ ذَمُّهُ * بِتَبَّتْ يَدَاهُ فِيْ الجَحِيْمِ مُخَلَّدًا أَتَى أَنَّهُ فِيْ يَوْمٍ الإِثْنَيْنِ دَائِمًا * يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُوْرِ بِأَحْمَدَا فَمَا الظَّمُّ بِالعَبْدِ الذَّيْ كَانَ عُمْرُهُ * بِاَحْمَدَ مَسْرُوْرًا وَمَاتَ مُوَحِّدَا Artinya: Jikalau sikafir ini (Abu Lahab) yang telah datang cercaan Allah kepadanya (di dalam surah al-Masad) dan celakalah kedua tangann

Allah

Erti Allah itu zat wajibul wujud yang bersifat kamalat(sempurna) Maha Suci daripada sifat naqais(kekurangan).Ulama berselisih pendapat sama ada Allah itu Jamid atau Musytaq. Mengikut pendapat yang sohih di sisi kebanyakan ulama Allah adalah kalimah Arab yang jamid dan bukannya musytaq. Manakala di sisi az-Zamakhsyari Ia adalah isim jinsin yang menjadi kata nama yang berasal daripada perkataan aliha(alif-lam-ha).Ilah bermaksud yang disembah samaada yang disembah dengan haq mahupun batil.Kemudian digunakan dalam syarak kepada yang disembah dengan benar yakni Zat Wajibul wujud. Dalam syarah alManawi ke atas Jami' as-Soghir Allah adalah musytaq daripada aliha atau walaha(wa-lam-ha) atau laha(lam-alif-ha)

Aku hairan dengan puak Wahabi

ada tiga festival di KSA: 1. Memperingati ulangtahun kewafatan Imam Muhammad Abdul Wahab 2. National Day of KSA 3. 100 tahun kemerdekaan KSA... Aku pelik jugak ngan puak Wahabi ni.Anak Pak Wahab depa panggil Imam.Ibnu Taimiah pulak depa gelar Syeikhul Islam.Tapi bila orang solat baca Sayyidina Muhammad depa kata bid'ah. Lepas tu depa kata Maulidur Rasul bid'ah sebab mereka(org yg sambut maulid) meletakkan ia sebagai sebahagian dari bentuk2 syi'ar agama, sedangkan agama telah sempurna dan tiada para salaf meraikan maulid sebagaimana mereka meraikannya skrg. Ditambah pula Sebagai wasilah menzahirkan kecintaan kepada Nabi. Selain ia sendiri adalah bid'ah, di dalamnya juga mengandungi nyanyi2an/nasyid, berzanjian, mengkhususkan tentatif dengan memulakannya dengan bacaan-bacaan al-Qur'an... Pengkhususan tarikh juga berlaku, disertakan sepuluh (mengikut kesepakatan ahli surau) hari sebelum menjelang tarikh maulid yg mrk tetapkan agar dibacakan dengan berzanji... Hairan