Posts

Showing posts from September, 2018

Menyanggah Mufti Perlis

Image
Saya sudah menonton satu video pendek daripada 4 orang pencaramah tentang doa akhir & awal tahun termasuk oleh Sohibus Samahah Mufti Perlis. Pada mulanya saya ingin abaikan saja video itu tapi saya terpaksa jawab kerana ada kandungannya yang berkaitan dengan ulama Muslimin. Hasilnya jawapan saya adalah tentang dua perkara. Pertama tentang doa akhir tahun dan awal tahun yang sering ditimbulkan oleh puak Wahhabi ni. Kesemua mereka mengatakan doa awal tahun tidak pernah datang tunjuk ajar daripada Nabi صلى الله عليه وسلم . Dengan erti kata lain bacaan khusus awal tahun tidak ada dalil. Benarkah begitu? Baik, perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم disebut ulama Usul Fiqh sebagai at-Tark ( الترك ). Ia termasuk dalam kaedah الترك لا ينتج حكما (at-Tark tidak menatijahkan hukum), atau الترك لا يقتضي تحريمه (at-Tark tidaklah semestinya membawa kepada pengharamannya). al-Allamah as-Sayyid Abdullah al-Ghumari telah menulis sebuah syair dalam risalahnya