Posts

Showing posts from October, 2018

Kewajipan Berdakwah Mencegah Kemungkaran

Image
Firman Allah Taala: ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون “Dan hendaklah ada di antara kamu satu jamaah yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran: 104) Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ketika menerangkan ayat ini mengatakan ayat ini menunjukkan wajib berdakwah kerana kalimah ولتكن adalah fiil mudhari’ yang didahului لام الأمر . Dalam ayat ini juga menjelaskan bahawasanya kejayaan yang haqiqi terikat dengan usaha dakwah di mana Allah mengkhususkan mereka yang melaksanakan kerja dan usaha dakwah dengan ayat وأولئك هم المفلحون . Ayat ini juga menerangkan bahawa Amar Makruf Nahi Mungkar adalah fardhu kifayah bukannya fardhu ain. Sekiranya satu jamaah di kalangan Muslimin melaksanakannya maka gugurlah kefardhuannya daripada o

Faedah Menundukkan Pandangan

Image
Sesungguhnya pemuda yang bermuraqabah dengan Tuhannya dan menundukkan pandangannya pada zaman kini adalah seorang wali daripada wali-wali Allah Taala. Para ulama telah menyebutkan faedah yang banyak bagi perbuatan menundukkan pandangan, antaranya adalah seperti berikut: 1 ) Pembersihan hati daripada deritanya penyesalan. Barangsiapa yang tidak menjaga pandangan penyesalannya akan berkekalan. Ingatlah bahawasanya sesiapa yang tidak menjaga pandangannya pasti penyesalannya akan berkekalan. Perkara yang paling memudhoratkan hati ialah tidak menjaga pandangan. Ini kerana nisbah pandangan kepada hati umpama anak panah pada panahannya. Sekiranya ia tidak membunuhnya, ia mencederakannya. Atau diumpamakan percikan api yang dilempar ke arah rumput kering. Jika ia tidak membakar semuanya, sebahagiannya akan terbakar. Benarlah kata syair yang bermaksud: "Setiap insiden bermula daripada pandangan***dan kebanyakan api itu berpunca daripada percikan api yang kecil."