Posts

Showing posts from February, 2012

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part Akhir)

Image
6.0 KESIMPULAN Sukar untuk penulis membuat kesimpulan terhadap Sheikh Muhammad Abd alWahhab dan gerakan yang mendokong pemikirannya. Dari satu sudut, kitab-kitabnya menunjukkan kekerasan pegangan sehingga boleh menyesatkan dan menggunakan kekerasan kuasa terhadap pihak lain. Namun, dalam masa yang sama didatangkan kata-katanya dalam 'al-maqallat' nya seolah-olah beliau menafikan beliau menyesatkan, atau mengkafir kaum Muslimin. Demikian juga di kalangan pendokong gerakannya di tanah air kita kerap di dengar menyesatkan bahkan mengkafirkan pihak yang bertentangan, namun dalam masa yang sama mereka menafikan menyesatkan dan mengkafirkan orang lain! Namun, kata-kata ulama-ulama aliran ini yang datang selepasnya seperti Sheikh Uthaimin dan Sheikh Fauzan, dengan jelas mengeluarkan ulama-ulama besar dari golongan Ahlussunnah wal Jamaah! Saya hanya mampu mengatakan aliran Najdiyyin ini bertambah 'ghuluw' dan bercanggah dengan beberapa perkara pegangan Ahlussunah

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 4)

Image
Ustaz Azhar kata Wahabi bodoh(gambar hiasan) 3. Kata-kata Sheikh Muhammad Salih Uthaimin yang menjadi rujukan aliran Najdiyyin: Apabila Sheikh Muhammad Salih Uthaimin ditanya adakah al-Nawawi dan Ibn hajar sama ada boleh menjadikan mereka dari golongan Ahlussunnah wal Jamaah? Dia menjawab: Pada apa yang mereka berpegang pada masalah al-Asma' dan al-Sifat, mereka berdua BUKAN dari Ahlussunnah wal Jamaah! Kenyataan dan fatwa sebegini akan berterusan menjadi fitnah di kalangan umat Islam.Sekiranya Imam besar tersebut dengan mudah dikeluarkan dari golongan Ahlussunnah, apatah lagi Mufti-mufti, tok-tok guru, ustaz-ustaz yang ada di negara kita! 4. Rasional boleh menggunakan kekerasan dalam menghapuskan perkara yang 'dikatakan bid'ah'. Apabila mempertahankan pandangan Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab menggunakan kuasa memerangi perkara yang dikatakan 'bid'ah,, seorang penulis berkata: Dalam menjelaskan maksud hadith ini (hadith boleh memerangi mereka yang engkar membaya

Kisah Syeikh Said al-Hindi

Image
Berkata Ibn Battutah: Syeikh Said al-Hindi telah mengadap raja India, Muhammad Syah yang kemudian mengurniakan wang yang banyak kepadanya dan digunakan oleh beliau untuk dating ke Mekah.Di Mekah, Amir ‘Utaifah telah memenjarakannya dan meminta supaya beliau menyerahkan wangnya.Syeikh Said enggan berbuat demikian lalu beliau diseksa dengan ditekan kakinya.Akhirnya beliau menyerahkan 25000 dirham nuqrah.Kemudian Syeikh Said pulang semula ke negeri India dan aku melihatnya semasa berada di negeri tersebut.Beliau menumpang di rumah Amir Saifuddin Ghada ibn Hibatillah ibn Isa ibn Muhanna, amir orang Arab di Syam.Ghada ini telah tinggal di negeri India dan berkahwin dengan saudara perempuan raja India. Raja India telah mengurniakan sejumlah wang kepada Syeikh Said.Beliau menyertai Wasyl, salah seorang pembantu Amir Ghada yang mahu menunaikan haji.Amir ini pula mengutus Wasyl supaya dia dapat membawa pulang pembantunya.Amir Ghada memberikan sejumlah wang kepada Wasyl dan beberapa hadiah yan

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 3)

Image
Selepas itu, beliau membahaskan satu persatu isu yang dikatakan bid'ah dan di bawah ini ringkasan pandangannya: Isu-isu Pandangan Dr Wahbah al-Zuhayli Takwil sifat Allah SWT ﻣﺬهﺐ اﻟﺴﻠﻒ: إﺛﺒﺎت ﺻﻔﺎت اﻟﺒﺎري ﺑﻤﻌﺎن ﺗﻠﻴﻖ ﺑﺬاﺗﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، ﻓﻨﺆﻣﻦ ﺑﺄﺳﻤﺎء اﷲ وﺻﻔﺎﺗﻪ اﻟﺤﺴﻨﻰ ﻋﻠﻰ ﻣﺮاد اﷲ، ﻣﻔﻮﺿﻴﻦ آﻴﻔﻴﺘﻬﺎ إﻟﻰ اﷲ تعالى ﻣﺬهﺐ اﻟﺨﻠﻒ: ﺗﺄوﻳﻞ هﺬﻩ اﻟﺼﻔﺎت ﺑﺤﺴﺐ ﻣﺎ ﻳﻠﻴﻖ ﺑﻜﻤﺎﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، وهﺬا أوﻓﻖ وأﺣﻜﻢ ﻋﻘﻼ واﻟﻔﺮﻳﻘﺎن ﻣﺘﻔﻘﺎن ﻋﻠﻰ ﺗﻨﺰﻳﻪ اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻋﻦ ﻣﺸﺎﺑﻬﺔ اﻟﺤﻮادث، أو ﻋﻦ اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﻜﻴﻒ واﻟﺘﺠﺠﺴﻴﻢ واﻟﻤﺬهﺐ اﻟﺤﻖ: إﻧﻤﺎ هﻮ اﻟﺘﻮﺣﻴﺪ، دون اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﺘﺠﺴﻴﻢ، ﻓﻼ ﻣﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻟﺘﺄوﻳﻞ، ﻷن ذﻟﻚ ﻳﺆدي إﻟﻰ اﻟﺘﻌﻄﻴﻞ، وﻻ ﻣﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻹﺛﺒﺎت اﻟﻈﺎهﺮي، ﻷن ذﻟﻚ ﻳﺆدي إﻟﻰ اﻟﺘﺠﺴﻴﻢ. واﻟﺘﻮﺳﻂ ﻓﻲ ذﻟﻚ: هﻮ إﻗﺮار اﻟﺼﻔﺔ، ﻣﻊ إﻋﺘﻘﺎدﻧﺎ أن ﻟﻬﺎ ﺗﺄوﻳﻼ اﺳﺘﺄﺛﺮ اﷲ ﺑﻌﻠﻤﻪ ﻣﻊ ﺗﻨﺰﻳﻪ اﻋﺘﻘﺎدﻧﺎ ﻋﻦ اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﺘﻌﻄﻴﻞ، وهﺬا هﻮ ﻣﺬهﺐ اﻟﺴﻠﻒ، ﻓﻴﺼﻴﺮ اﻟﺨﻼف ﻟﻔﻈﻴﺎ . Mazhab al-Salaf: Mengithbatkan sifat al-Bari (Allah SWT) dengan makna yang layak dengan Zat-Nya Taala, maka kita beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifat al-husna tersebut mengikut kehendak Allah SWT. Dan

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 2)

Image
(Gambar hiasan) Imam Abu Zahrah kemudiannya memperincikan beberapa kritikan terhadap Wahhabiyah: 1. Wahhabi berkembang melalui kekuatan senjata: Imam Abu Zahrah berkata: أن اﻟﻮهﺎﺑﻴﺔ ﻟﻢ ﺗﻘﺘﺼﺮ ﻋﻠﻰ اﻟﺪﻋﻮة اﻟﻤﺠﺮدة، ﺑﻞ ﻋﻤﺪت إﻟﻰ ﺣﻤﻞ اﻟﺴﻴﻒ ﻟﻤﺤﺎرﺑﺔ اﻟﻤﺨﺎﻟﻔﻴﻦ ﻟﻬﻢ ﺑﺎﻋﺘﺒﺎر أﻧﻬﻢ ﻳﺤﺎرﺑﻮن اﻟﺒﺪع، وهﻲ ﻣﻨﻜﺮ ﺗﺠﺐ ﻣﺤﺎرﺑﺘ Bermaksud: Sesungguhnya al-Wahabiyyah tidak hanya menggunakan dakwah semata-mata, sebaliknya sengaja mengangkat senjata untuk memerangi orangorang yang menentang di atas alas an memerangi 'bid'ah', iaitu mungkar yang wajib diperangi. Beliau berkata lagi: Muhammad bin Sa'ud (datuk keluarga Saudi sekarang) memimpin fikrah wahhabiyyah dalam peperangan, iaitu besan kepada kepada Sheikh Muhammad Abdul Wahhab yang menganuti mazhabnya dan amat ekstrem kepada kefahamannya. Dia memulakan usaha menggunakan kekuatan senjata dan mengisytiharkan bahawasanya dia mahu menegakkan sunnah dan mematikan bid'ah. 2. Wahhabi meruntuhkan masjid yang ada kubur-kubur. Imam Abu