Posts

Showing posts from November, 2009

Sifat Wujud Allah

Wujud itu sifat nafsiah-ertinya wajib bagi Allah Taala itu bersifat wujudnya dengan zatnya yang menafikan ‘adam sabiq(didahului oleh tiada) dan ‘adam lahiq(diikuti oleh tiada) dam ‘adam mustamir(tiada yang berterusan) Jikalau ditanyai orang akan dikau apa erti wujud?Jawab olehmu iaitu barang yang tiada dikenal zat melainkan dengan wujud. Dalil aqli ada Allah Taala ialah ada alam(makhluk) ini.Adanya makhluk ini tanda baharunya dan baharu makhluk ini menjadikan dalil atas adanya Allah kerana tiap2 yang kena jadi tak dapat tidak mesti ada yang menjadikannya. Dalil naqli firman Allah dalam surah Sajdah ayat 4: “Bermula Allah yang menjadikan petala langit dan bumi dan barang yang di antara keduanya”. Wujud terbahagi kepada 2: 1)Wujud zati-iaitu wujud Allah Taala yang Maha Esa-bererti adanya Allah bagi zatnya tidak dikeranakan dengan suatu kerana.Dan adanya wajib bagi zatnya pada azali lagi tidak didahului oleh tiada dan tidak diikuti oleh tiada. 2)Wujud bukan zati-iaitu wujud makhluk ini di

Sifat Qidam dan Baqa' Allah

Qidam itu menafikan ‘adam yang mendahulu atas wujud atau tiada permulaan atas wujudNya atau tiada yang memulai di dalam wujudNya.Maka maknanya yang tiga itu bersamaan jua. Dan erti Baqa’ itu menafikan ‘adam lahiq yakni tiada hubung oleh tiada.Maka inilah makna yang terlebih sah dan kata setengah ulama sifat yang hakikiah dan maknawiyah.Dan kata setengah ulama keduanya itu sifat salbiah namanya.Maka qaul yang akhir itu muktamad. Syahdan- Kata Syeikh dalam kitab tahzib-“Dan makna Qidam itu terbahagi atas 3 bahagi.Pertama qidam zati namanya.Kedua qidam zamani dan ketiga qidam idhafi. Erti qidam zati itu iaitu manifestasi daripada wujud yang tiada dahulu lainnya serta tiada tersanad bagi lainnya.Maka iaitu qidam zati namanya.Ertinya zat Allah itu qadim zati namanya. Erti qidam zamani itu maka iaitu manifestasi daripada barang suatu yang tersandar bagi lainnya serta tiada dahulu oleh ‘adam.Yakni tiada sifat Allah itu qadim zamani namanya kerana tiada dahulu oleh ‘adam serta tersandar bagi z

Sahabat pun buat bid'ah.Masuk nerakakah mereka?

Antara bid'ah yang dibuat oleh para sahabat. 1)Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ra katanya.Bersabda Rasulullah SAW kepada Bilal ra selepas solat fajar: "Wahai Bilal.Ceritakan kepada aku amalan paling baik yang engkau pernah lakukan dalam Islam?Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasut engkau dalam syurga?"Kata Bilal: Tidak ada suatu amalan yang paling baik dalam Islam yang aku buat melainkan setiap kali selepas aku bersuci sama ada waktu malam atau siang kecuali aku solat sunat. Berkata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:Diambil dari hadis ini harus berijtihad dalam ibadah kerana Bilal ra beristinbat dan dibenarkan perbuatannya oleh Baginda SAW. Bilal ra mereka satu ibadat yang tidak ada nas daripada AQ dan Hadis.Beliau mengkhususkan amaln tersebut untuk dirinya dan sentiasa melakukannya tanpa merujuk kepada Rasul SAW.Amalannya telah diterima oleh Allah dan menjadi sebab masuknya ke dalam syurga.Dalam riwayat Imam Tirmizi baginda bersabda:"Dengan d

Puasa2 Sunat

1)Puasa Arafah iaitu hari ke-9 Zulhijjah bagi yang lain daripada orang haji dan orang musafir.Adapun oraang haji jika ketahui bahawasanya sampai ia pada malam ke Arafah dan ia muqim sunat ia puasa. 2)Hari Asyura iaitu hari yang kesepuluh Muharam. 3)Tasu’a iaitu hari yang kesembilan daripada Muharam. 4)Ayyamul Bidh iaitu hari ke 13,14,15 setiap bulan. 5)Ayyamus Sud iaitu hari ke 28,29,30 setiap bulan. 6)6 hari daripada Syawal dan berhubungan dengan hari raya terlebih afdhal. 7)Puasa hari Isnin dan Khamis. 8)Puasa pada hari yang tidak ada makanan bagi seseorang makanan yang dimakan. 9)Puasa Asyhuril Haram iaitu puasa Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharam. 10)Puasa Sya’ban 11)Dan makruh menunggalkan puasa pada hari Jumaat melainkan dihimpunkan dengan Khamis atau Sabtu. 12)Sunat puasa sehari dan berbuka sehari. 13)Makruh puasa dahr yakni puasa selama-lamanya lain daripada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq bagi orang yang takut mudarat dengan puasanya atau takut luput mendirikan hak jika sun

Bahaya Wahabi

Salam, Dipetik daripada http://al-ghari.blogspot.com/ SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY? Istilah Wahhabiy begitu sinonim dengan sejarah peradaban Islam. Ia merujuk kepada aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir pada tahun 1115H di Wadi Hanifah, daerah Uyainah dalam negeri Najd (kini Riyadh). Ayahnya Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf seorang qadhi dalam mazhab hambali. Sayangnya, MAW tidak menelusuri disiplin ilmu sebagaimana lazimnya. Buktinya, Imam Ibn Humayd al-Hanbali(mantan Mufti Mazhab Hambali di Makkah) menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) tidak menguasai disiplin ilmu sebagaimana yang menjadi tradisi alim ulamak dan keluarganya pada waktu itu. Sebaliknya, MAW begitu fanatik dengan fahaman dua ulamak kontroversi dalam mazhab Hanbali iaitu: Syeikh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Ditambah dengan beberapa pandangan keras Mazhab Hambali dan ijtihadnya sendiri, maka lihirlah fahaman Wahhabiy. Si

Mursyid Dalam Tariqat

Allah Swt. berfirman: "Barangsiapa mendapatkan kesesatan, maka ia tidak akan menemukan (dalah hidupnya) seorang wali yang mursyid" (Al-Qur´an). Dalam tradisi tasawuf, peran seorang Mursyid (pembimbing atau guru ruhani) merupakan syarat mutlak untuk mencapai tahapan-tahapan puncak spiritual. Eksistensi dan fungsi Mursyid atau wilayah kemursyidan ini ditolak oleh sebagaian ulama yang anti tasawuf atau mereka yang memahami tasawuf dengan cara-cara individual. Mereka merasa mampu menembus jalan ruhani yang penuh dengan rahasia menurut metode dan cara mereka sendiri, bahkan dengan mengandalkan pengetahuan yang selama ini mereka dapatkan dari ajaran Al-Qur´an dan Sunnah. Namun karena pemahaman terhadap kedua sumber ajaran tersebut terbatas, mereka mengklaim bahwa dunia tasawuf bisa ditempuh tanpa bimbingan seorang Mursyid. Pandangan demikian hanya layak secara teoritis belaka. Tetapi daslam praktek sufisme, hampir bisa dipastikan, bahwa mereka hanya meraih kegagalan spiritual. Bukt

Hukum Orang Murtad dan Meninggalkan Solat

Murtad adalah sekeji2 jenis kufur.Murtad di sisi bahasa bermaksud kembali daripada sesuatu kepada selainnya.Dari segi istilah syarak pula bermaksud keluar daripada Islam dengan niat kufur ataupun mengucapkan perbuatan kufur atau melakukan perbuatan kufur seperti sujud kepada berhala.Sama ada dengan mengejek2 ataupun iktiqad.Seperti orang yeng beriktiqad Pencipta(Allah) bersifat baharu. Sesiapa yang murtad daripada Islam sama ada lelaki mahupun wanita seperti mereka yang mengingkari kewujudan Allah ataupun mendustakan mana2 Rasul ataupun menghalalkan Perkara yang haram dengan ijmak ulama seperti zina,minum arak.Ataupun mengharamkan perkara yang halal dengan ijmak seperti nikah dan jual beli.Terutamanya kaum wanita.Jangan sampai tak sanggup dimadukan mengharamkan amalan poligami yang dihalalkan dengan ijmak. Dalam perkara di atas semuanya menyebabkan seseorang jadi murtad.Hukumnya, mereka wajib dengan segera diminta bertaubat mengikut pendapat yang asoh dalam mazhab Syafii.Mengikut satu

Anak Panah Yang Tepat Kepada Puak Dakyah Palsu

Telah berlaku pada zaman kini sedikitnya dan hina nilai ilmu dan banyaknya kejahilan, geng tolol di kalangan penuntut ilmu.Syaitan membisikkan kepada mereka bahawa mereka mujtahid mutlak sehingga mereka menyangka diri seperti Imam Syafii,Malik, Ahmad dan an-Nukman r.anhum.Sesungguhnya pendakwaan diri sebagai mujtahid pada zaman ini walau sealim mana sekalipun adalah dakyah palsu. Ketahuilah telah terputus ijtihad sejak beratus tahun yang lalu dengan ittifaq ulama2 mazhab.Dan tak dapat tidak bagi seorang muslim mengikuti salah satu dari mazhab yang empat kerana lemahnya daripada memahami kitab,sunnah dan istinbat hokum daripadanya secara individu.Dengan demikian dia telah menurut ajaran kitab Allah dan sunnah dengan bertaqlid kefahaman imam yang diikutinya.Umat Muhammad Alhamdulillah tidak terkeluar dengan mengikuti imam2 tersebut daripada mengikuti kitab Allah dan sunnah. Berkata al-Allamah asy-Syihab ibnu Hajar al-Haithami:Ketika Imam al-Jalal as-Suyuti mendakwa dirinya mujtahid bangk

Kenduri Walimah

1) Megadakan kenduri kahwin adalah sunnat dan digalakkan manakala menghadiri jemputan kenduri kahwin pula adalah wajib berdasarkan pandangan yang terpilih. Kewajipan menghadiri majlis kenduri kahwin adalah apabila tiada sebarang keuzuran. 2) Apabila seseorang yang dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin tersebut berpuasa dengan puasa sunat, maka sekiranya dengan sebab orang tersebut terus berpuasa akan menyebabkan kesedihan dan kekesalan pada hati tuan rumah yang mengadakan mejlis kenduri kahwin, maka orang yang berpuasa sunat tersebut disunatkan untuk berbuka puasa demi untuk meraikan tuan rumah yang mengadakan majlis kenduri kahwin. Namun sekiranya tuan rimah tidak kisah dan tidak merasa sedih sekiranya orang yang dijemput terus berpuasa, maka orang yang berpuasa itu lebih baik meneruskan puasanya. 3) Orang yang berpuasa wajib seperti puasa qadha ataupun puasa nazar diharamkan untuk berbuka puasa semata-mata erana ada majlis kenduri kahwin kerana puasanya adalah puasa wajib. **

Syirik Khafi

Imam Arsalan ada menyebut dalam risalah At-Tauhid (lalu disyarah oleh Imam An-Nabulsi dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori): كلك شرك خفي، ولا يبن لك توحيدك إلا إذا خرجت عنك . "Setiap kamu (samada zat, sifat dan perbuatan kamu) merupakan syirik yang tersembunyi (jika merasai wujud kamu tersebut secara tersendiri/ bebas dari pengaruh Allah). Tidak akan terzahir tauhid kamu (bahawa kamu dariNya), melainkan setelah kamu keluar dari diri kamu (tiada lagi menisbahkan apa yang terzahir dari diri kamu kepada diri kamu kerana hakikatnya adalah dariNya melalui diri kamu dengan pengaruh dan perbuatanNya) . .فكلما أخلصت يكشف لك أنه هو لا أنت فتستغفر منك. "Setelahmana kamu ikhlaskan diri (tiada lagi menisbahkan apa yg zahirnya darimu kepada dirimu dgn zauq dan syuhud, bukan secara akal dan teori semata), maka terzahirlah bahawa sebenarnya ia (yang wujud secara hakiki dan tersendiri dan pelaku sebenar yang abadi) adalah "DIA" tanpa "kamu" (apa sahaja terzahir d

Ahlul Bait2

RATA-RATANYA masyarakat Islam keliru mengenai apakah pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Kekeliruan ini membuatkan ramai di kalangan kita tidak mahu menyentuh permasalahan mengenai hak-hak Ahli Bait barangkali kerana khuatir terlibat dengan fahaman puak Syiah dan Rafidhah. Sebahagian yang lain menganggap ia bukanlah suatu permasalahan yang penting untuk diambil berat dan diperbahaskan dengan panjang lebar. Walau apa pun alasannya, perbuatan dan perkataan salafussoleh serta ulama telah bersalahan dengan pendirian mereka. Pendapat salaf juga menjadi bukti dan hujah bahawa mereka tidak pernah meletakkan perbahasan mengasihi Ahli Bait sebagai perkara sampingan dan hal remeh-temeh. Sebabnya, mereka sedar dengan sebenar-benar kesedaran bahawa mencintai dan memuliakan ahli keluarga Nabi SAW adalah perintah yang wajib dijunjung walau di mana mereka berada. Secara umumnya perintah memulia dan mencintai ahli keluarga Nabi SAW termaktub di dalam firman Allah S

Ahlul Bait

Yazid bin Hayyan berkata, "Aku pergi ke Zaid bin Arqam bersama Husain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Setelah kami duduk, Husain berkata kepada Zaid bin Arqam, "Hai Zaid, kau telah memperoleh kebaikan yang banyak. Kau melihat Rasulullah, kau mendengar sabda beliau, kau bertempur menyertai beliau, dan kau telah shalat dengan diimami oleh beliau. Sungguh kau telah memperoleh kebaikan yang banyak. Karena itu, sampaikan kepada kami hai Zaid, apa yang kau dengar dari Rasulullah!'" Zaid bin Arqam menceritakan bahwa Nabi saw. pernah bersabda yang bermaksud "Ketahuilah saudara-saudara bahwa aku adalah manusia seperti kalian. Sebentar lagi utusan Tuhanku (malaikat pencabut nyawa) akan datang lalu dia diperkenankan. Aku akan meninggalkan untuk kalian dua hal yang berat, yaitu: 1) Al-Qur'an yang berisi petunjuk dan cahaya, karena itu laksanakanlah isi Al-Qur'an dan pegangilah. 2) ahlul bait ku".BAginda mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR Muslim, Ahmad, al-

Kelebihan Surah Yasin

Muhaddis Shaikh ‘Abdur Rahman al-Mubarakpuri rahimahuLlah ta’ala menerangkan mengenai Hadīś kelebihan surah Yasin. (Qalb al-Qur’an) iaitu inti pati atau bahagian yang terbaik daripada al-Quran adalah surah Yasin. Kata Imam al-Ghazali, “Kesahihan iman adalah dengan mengiktiraf hari kebangkitan dan ia diterangkan dengan jelas pada surah ini. Oleh itu ia dinamakan qalb al-Quran.” Pandangan ini diterima baik oleh Imam Mufassir al-Fakhr al-Razi. Kata Imam al-Tībī, (dinamakan ia qalb al-Quran kerana) ia mengandungi dalil-dalil yang kukuh, ayat-ayat yang terang, ilmu-ilmu yang tersirat, makna-makna yang mendalam, janji-janji yang menakjubkan dan batasan-batasan yang jelas. (Tuhfat al-ahwazi)

Manhaj Ulama mengenai ilmu Tauhid

Pengisian dalam Ilmu tauhid dalam segala bentuk dan perbahasannya, hanyalah kembali kepada ijtihad para ulama' dalam merumuskan pendekatan yang mudah untuk menerangkan sifat-sifat ketuhanan Allah s.w.t. kepada masyarakat awam khususnya di samping ianya merupakan formula untuk memelihara aqidah awam dan ahli ilmu daripada salah faham tentang Allah s.w.t.. Pendekatan-pendekatan tersebut terhimpun dalam bentuk perbahasan para ulama' yang seterusnya dikenali sebagai madrasah atau mazhab aqidah. Dalam ahlus-sunnah wal jamaah, ada tiga golongan utama yang menyusun pendekatan-pendekatan mereka dalam bab ketuhanan ini. Pertama: Aliran Ahlul-Hadith Mrk lebih cenderung kepada tidak membahaskan bab-bab dan sifat ketuhanan secara detail, bahkan lebih banyak mendiamkan diri daripada mengupas sifat-sifat ketuhanan secara mendalam. Mereka menetapkan lafaz-lafaz yang Allah s.w.t. tetapkan tanpa mentafsirkannya, tanpa menta'wilkannya, tanpa menterjemahkannya dan tanpa memahaminya denga

Sifat 20

Ulama Al-Asya'irah menetapkan 20 sifat bagi Allah s.w.t. yang wajib diketahui dan diimani oleh kita, kerana ianya tekandung dalam dalil-dalil qot'ie (yang kuat lagi jelas) samada dalil tersebut adalah dalil naqli (dari Al-Qur'an dan As-Sunnah) mahupun dalil aqli (dari hukum akal yang sejahtera/waras). 20 sifat yang asas tersebut merupakan sifat bagi zat Allah s.w.t., samada dalam bentuk sifat wujudiyah, sifat-sifat salbiyah, sifat-sifat ma'ani dan sifat-sifat ma'nawiyah. Adapun selain daripada sifat-sifat yang 20 tersebut, yang disebutkan dalam Al-Qur'an, maka samada ianya kembali kepada 20 sifat asas tersebut (seperti sifat redha dan murka kembali kepada sifat iradah itu sendiri) ataupun merupakan sifat-sifat perbuatan (sifat af'aal) bagi Allah s.w.t. seperti Maha Mencipta dan sebagainya. Adapun hakikat Allah s.w.t., nama-namaNya dan sifat-sifatNya tiada penghujungNya dan tiada siapa yang mampu menjangkau keseluruhan hakikat Nya dan sifat-sifatNya. (r