Perkara Wajib Kita Tahu Tentang Penghulu Kita
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Selawat dan salam ke atas penghulu
kami dan tuan kami Sayyidina Muhammad, dan ahli keluarganya serta para sahabat
Baginda.
Ini adalah peringatan apa yang patut
ke atas individu Muslim menghafaznya, dan yang wajib ke atas orang yang
mempunyai agama mengetahuinya, daripada nasab Rasulillah صلى الله عليه وسلم, dan kelahirannya, kehidupannya,
pengutusanya sebagai Rasul, dan peringatan tentang hal ehwal peperangannya, dan
mengetahui nama2 anaknya, bapa dan ibu saudaranya, isteri2 Baginda. Maka
sesungguhnya orang yang mengetahui perkara2 tersebut mempunyai martabat
mengatasi martabat mereka yang jahil tentangnya, sebagaimana bahawasanya
mengetahui perkara tersebut mendapat kemanisan iman di dalam jiwa.
Dan tidaklah diimarahkan majlis2
yang baik selepas majlis Kitab Allah Azza wa Jalla daripada khabar2 Rasulillah صلى الله عليه وسلم, dan kami telah mengitsbatkan dalam
ringkasan kami ini daripada perkara tersebut.
Dan kepada Alah Taala jualah kami
memohon hidayah taufiq, dan hanya kepadaNya sahaja kami memohon dilimpahkan
selawat ke atas perhiasan para Mursalin, dan penghulu segala alam, dan penutup
segala Nabi, dan pemimpin para Muttaqin, iaitu Abul Qasim Muhammad b. Abdullah[1] b.
Abd Muttalib b. Hasyim b. Abd Manaf b. Qusoi b. Kilab b. Murroh b. Ka’bin b. Lu’ayy
b. Ghalib b. Fihrin b. Malik b. an-Nadhri b. Kinanah b. Khuzaimah b. Mudrikah
b. Ilyas b. Mudhor b. Nizar b. Ma’add b. Adnan. Sampai di sini sahaja berlaku
ijmak ummat.
Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dilahirkan pada tahun gajah, hari Isnin, 8
Rabiul Awwal.
Ibu Baginda bernama Aminah bt. Wahab
b. Abd Manaf b. Zuhrah.
Siti Aminah berkahwin dengan
Abdullah b. Abd Muttalib, lalu menghamilkan Rasulillah صلى الله عليه وسلم.
Kemudian Abd Muttalib mengutuskan
Abdullah, ayahanda Baginda untuk mendapatkan tamar (kurma) daripada Yatsrib
(Madinah), namun beliau wafat di sana.
Siti Aminah melahirkan Rasulallah صلى الله عليه وسلم pada hari Isnin di rumah datuknya Abd
Muttalib. Kemudian Baginda disusui oleh seorang wanita daripada Bani Saad b.
Bakar yang bernama Halimah bt. Abu Zu’aib as-Sa’di. Ketika Baginda membesar
umurnya Halimah Saadiyah menyerahkan kembali Baginda kepada bondanya.
Ketika usia Baginda enam tahun wafat
pula bondanya sewaktu perjalanan pulangnya daripada Madinah, yakni di al-Abwa’.
Maka jadilah Baginda anak yatim di bawah jagaan datuknya Abd Muttalib.
Ketika umur Baginda lapan tahun dua
bulan sepuluh hari, wafat pula datuknya Abd Muttalib. Maka Abu Talib b. Abd
Muttalib pula menjaganya. Beliau merupakan saudara seibu sebapa bagi Abdullah,
ayahanda Baginda.
Ketika umur Baginda 12 tahun dua
bulan 10 hari, Baginda mengembara bersama Abu Talib untuk berniaga menuju Syam.
Ketika rombongan tiba di Taima’, maka seorang pendeta Yahudi Taima’ yang
bernama Rahib Buhaira melihat Baginda. Maka beliau bertanyakan Abu Talib: “Siapakah
budak yang bersamamu ini?” Jawabnya: “Beliau adalah anak saudaraku.” Kata
Rahib: “Demi Allah, jika kamu teruskan perjalanan ke Syam, beliau akan dibunuh
oleh Yahudi. Sesungguhnya beliau adalah musuh mereka.” Maka Abu Talib pun
kembali membawa Baginda pulang ke Mekah.
…….to be continue
Sumber terjemahan:
“Awjazus Siyari li Khairil Basyar صلى الله عليه وسلم” karya al-Imam Abul Husain Ahmad b. Faris
b. Zakaria ar-Razi ( wafat 395H )
11/12/2019 6.37 PM, Sungai Lalang,
Qadah.
[1] ) Digelar Abu Qutsam ( أبو قثم ), dan Qutsam juga antara nama Nabi صلى الله عليه وسلم,
maksudnya ialah yang banyak pemberian lagi yang menghimpunkan kebaikan.
Comments