Kelebihan Zikir dan Majlis Zikir

 


Allah menyebut kecacatan Munafiq dengan sebab kelalaian mereka daripada berzikir. FirmanNya:

وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Dia juga menggalakkan Mukminin perkara sebaliknya melalui firmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Dan zikir itu tidak dibataskan dengan waktu, bentuk, sifat dan cara yang tertentu pada setiap waktu dan keadaan selagi mana tidak bercanggah dengan nas dan ijtihad syarak.

Allah juga menerangkan kelebihan zikir melalui firmanNya:

وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Kemudian Dia menerangkan nilai zikir di sisiNya:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

Dia menerangkan juga bahawasanya zikir adalah asbab kejayaan paling sempurna;

وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan Allah mengingatkan kita daripada lalai untuk berzikir kepadaNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Kemudian janji ancamanNya untuk mereka yang cuai dalam berzikir:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

Jadi zikir adalah antara asbab yang ampuh kepada peluasan rezeki dan memperbaiki ekonomi yang menjadi keseimbangan kepada martabat sesebuah negara.

Justeru itu, antara pesanan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kepada Sayyidina Muaz ialah berdoa pada setiap kali selepas solat:

اللهم أعني على ذكرك وشكرك – رواه أبو داود بإسناد صحيح

Dalam sebuah hadis Riwayat al-Bukhari pula sabda Baginda:

مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكر مثل الحيّ والميّت

Mafhumnya: “Perumpamaan antara orang yang berzikir kepada Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir umpama orang yang hidup dengan orang yang mati”.

Maka mereka yang enggan untuk berzikir kepada Allah hakikatnya adalah orang yang telah “mati” dengan kesaksian daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.

Dalam hadis yang lain Riwayat Imam Tirmizi disebut bahawa zikrullah lebih baik daripada kita berhadapan dengan musuh di medan perang. Antara aspek keutamaan berzikir berbanding jihad dengan mengangkat senjata (ataupun zaman sekarang termasuk jihad kumpulan politik) ialah jihad terikat dengan waktu dan undang-undangnya, namun zikir adalah Mutlaq (boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan keadaan). Lagi pula, kadang-kadang orang yang berjihad di medan perang dan siyasah boleh timbul perasaan riya’ dan hubbud dunya (kasihkan dunia).

Cukuplah kelebihan bagi kita dengan melaksanakan zikir syar’i adalah amalan para penghulu kita di kalangan ulama besar yang diwarisi daripada ulama besar dari zaman ke zaman. FirmanNya:

يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ

Mereka yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah أهل الصفّة di kalangan sahabat. Ayat ini adalah perintah supaya mulazamah, bersuhbah dan berkumpul bersama mereka di kalangan siddiqin dan muqarrabin.

FirmanNya lagi:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ

Yang dimaksudkan dengan يدعون di sini ialah mereka yang berzikir kepada Allah. Dengan zikir juga kita mendapat pembukaan dan sampai ke peringkat muttaqin dan siddiqin. Tidak ada yang akan menyangkal perkara ini kecuali setiap yang dijauhi daripada Rahmat Allah di kalangan mereka yang membenci dan sentiasa mengejek para wali Allah, yang lalai dan alpa, yang ditarik kebaikan dan kemuliaan daripada jiwa mereka.

Dalam sebuah hadis Riwayat Muslim disebutkan bahawa tidaklah duduk satu kaum (Jemaah) untuk sama-sama berzikir kepada Allah kecuali para Malaikat mengelilingi mereka, rahmat menimpa mereka dan turun ke atas mereka ketenangan. Dalam sebuah lagi hadis Riwayat Muslim juga bahawasanya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم memberitahu bahawa Allah bermegah kepada para Malaikat dengan Jemaah yang berkumpul untuk berzikir kepadaNya. Dalam hadis lain Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’i dan lain-lain disebutkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melihat halaqah zikir dan duduk bersama mereka dan mengakui perbuatan mereka, malah menggalakkan mereka melakukannya.

Maka daripada dalil-dalil yang cukup terang dan jelas tentang kelebihan zikir dan berkumpul untuk berzikir dalam halaqah, daripada sumber manakah pegangan kumpulan yang membidaahkan amalan zikir berjemaah???! Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah Taala untuk menjadi orang yang berzikir atau sekurang-kurangnya menyukai majlis zikir dan tidak menjadi orang yang menghalang masyarakat daripada melaksanakan majlis zikir.

Olahan daripada:

Mohd Amir Md Azmi an-Naqsyabandi,

Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat