Beza fidyah solat mazhab Hanafi dan Syafii

Fidyah sembahyang pada mazhab Hanafi:

Adapun fidyah sembahyang pada mazhab Hanafi itu wajib dikira daripada umurnya 10 tahun hingga waktu matinya. Maka fidyah sembahyang pada mazhab Hanafi tiap2 sehari semalam 6 gantang Baghdad bersamaan 4 setengah gantang Malaysia. Harganya RM18.00 (waktu kitab ini ditulis). Kerana mazhab Hanafi sembahyang witir itu wajib sekurang2nya 3 rakaat. Dan fidyahnya sebulan 180 gantang Baghdad bersamaan 135 gantang Malaysia. Harganya RM540.00. Dan setahun 1620 gantang Malaysia. Harganya RM6480.00, demikianlah.

Maka [kaedahnya] tiap2 segantang Baghdad 3 cupak Malaysia dan tiap2 4 gantang Baghdad itu 3 gantang Malaysia.

Fidyah sembahyang pada mazhab Syafii:

Bermula buat fidyah sembahyang pada mazhab Syafii itu dikira daripada umurnya 10 tahun hingga waktu matinya sama ada lelaki atau perempuan. Maka fidyahnya tiap2 sehari semalam 5 cupak Baghdad bersamaan 3 cupak 3 kepol Malaysia daripada makanan yang memada pada fitrah. Maka tiada sah diberi dengan harganya. Dan fidyahnya sebulan 150 cupak Baghdad bersamaan 112 setengah cupak Malaysia ialah 28 setengah gantang Malaysia. Dan dua bulan 57 gantang Malaysia. Dan 3 bulan 85 setengah gantang Malaysia. Dan 6 bulan 171 gantang Malaysia. Dan setahun 342 gantang Malaysia.

Dipetik daripada kitab Sullamus Sibyan susunan al-Allamah alHaj Chik b Ahmad al-Qadahi


Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat