Derma Jihad???

 


Kali ni ambo nak cerita sikit pasal YB Masturo (maaf terpaksa sebut nama). Beliau baru-baru ni kena bayar banyak jugak tu kepada ahli politik lain sebab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. Lalu dilancarkan “Derma Jihad” untuk membantu beliau bayar. Alkisahnya, ada sorang tokoh dalam sebuah organisasi yang mempertahankan “fatwa” derma jihad tu – siap dengan dalil.

Jadi di sini ambo nak kritik dua perkara. Pertama: konsep “derma jihad” tu. Kedua: Dalil yang digunakan untuk melancarkan “derma jihad” tersebut.

Baik, pertama konsep “derma jihad” untuk membantu YB yang kalah kes fitnah. Sesuaikah digunakan perkataan “derma jihad” untuk bantu orang yang fitnah ni? Tokoh tersebut mengatakan mungkin Masturo bersalah dalam isu ni!!! Dalam keadaan tak yakin YB tersebut berada di pihak benar ataupun salah, bagaimanakah tokoh tersebut boleh mempertahankan konsep “derma jihad”? Bukankah kita diwajibkan berlaku adil walaupun terhadap “musuh politik”, hatta kepada orang yang bukan Islam sekalipun. Jika belum dapat kuasa boleh berlaku zalim terhadap musuh dan bukan Islam, bagaimana pula hendak berlaku adil apabila kuasa pemerintahan digenggam kelak? Bukankah menolong kumpulan kita melakukan kezaliman adalah perbuatan Asobiyah yang ditentang selama ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Daud, at-Tobarani dll:

أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ

Kedua:- Tokoh tersebut menggunakan dalil tentang adanya seorang sahabat yang menikam musuh di dalam peperangan Sabil setelah beliau mengucap kalimah tauhid. Lalu apabila pulang berjumpa Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Baginda bertanyakan kenapa engkau membunuhnya setelah mengucap kalimah tauhid? Apakah engkau membelah dada dan isi perutnya sehingga engkau tahu niatnya mengucap kalimah tersebut hanya untuk mengelakkan daripada ditikam?

Dan tokoh tersebut mengatakan Baginda menyuruh sahabat tersebut membayar diyat 100 ekor unta. Oleh kerana tidak mampu membayarnya, Baginda meminta agar para sahabat mengumpulkan harta untuk membayar diyat tersebut – kononnya menurut tokoh tersebut.

Kisah ni ada dalam Hadis Sohih Imam Muslim. Namun apabila dibuka syarah Imam Nawawi ke atas Sohih Muslim, tidak dinyatakan pula sama ada Baginda menyuruh bayar diyat atupun tidak.

Apabila saya membuka dua buah kitab lagi, iaitu المفاتيح في شرح المصابيح dan إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري, di dalam kedua-dua buah kitab tersebut menyatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak menghukum qisas terhadap sahabat tersebut. Baginda juga tidak meminta supaya dibayarkan diyat. Ambo tak pasti daripada sumber mana diambil tokoh tersebut bahawa Baginda menyuruh bayaran diyat dan disuruh pula para sahabat lain mengumpulkan harta untuk membantu sahabat tersebut membayar diyat.

Dan jikalau kita takdirkan ada riwayat sohih disuruh bayar diyat, ianya tidak boleh diqiyaskan dengan situasi YB tersebut yang memfitnah. Ini kerana sahabat tersebut berada dalam perang sabil berjihad untuk menegakkan kalimah Allah. Sebaliknya bagi YB Masturo,  jihad apanya kalau kalah bab fitnah. Jika hendak dibantu, cukup sekadar kempen derma kepada YB Masturo tersebut kerana dia miskin dan tak mampu membayar. Adakah tokoh tersebut hendak menggunakan kalimah “jihad” untuk tujuan sebegini. Ingat, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!!

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat