Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah
وأول التشاجر الذي ورد + إن خضت فيه واجتنب داء الحسد
Sahabat
Nabi صلى الله عليه وسلم adalah sebaik-baik
kurun, maka berhajat kpd jawapan apa yg berlaku antara mereka di antara perselisihan yg
membawa kesamaran tentang kecelaan terhadap hak mereka. Sedangkan mereka tidak
berterusan melakukan maksiat secara sengaja sekalipun mereka bukan maksum.
Telah
berlaku perselisihan antara Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah رضي الله عنهما. Para sahabat telah berpecah kpd 3 puak:
1-
Berijtihad
dan zohir bahawa kebenaran bersama Ali dan berperang bersama dengannya.
2-
Berijtihad
dan zohir bahawa kebenaran bersama Muawiyah dan berperang bersama dengannya.
3-
Tawaqquf.
Berkata
ulamak: Siapa yg betul dapat 2 pahala dan siapa yg salah dapat 1 pahala. Allah
dan Rasul telah menyaksikan bagi mereka al-Adalah (keadilan). Yang dikehendaki
dgn takwil perkara tersebut ialah kita memalingkan kepada tujuan yang baik
kerana husnuzzon dengan mereka. Maka kita tidak mengeluarkan walau seorang pun
daripada sifat adil dengan apa yang berlaku antara mereka kerana mereka adalah
para mujtahid.
Bila
kita membincangkan tentang mereka, maka takwilkan dan jangan mencela seorang
pun di kalangan mereka. Kita tidak disuruh untuk membincangkan apa yg berlaku
di antara mereka kerana perkara ini tidak termasuk dalam aqidah agama dan tidak
mendatangkan manfaat pada agama. Bahkan kadang2 membawa mudharat pada
keyakinan. Maka tak harus membicarakannya kecuali nak menolak golongan yg
taksub atau untuk mengajar kitab yg mengandungi atsar2 yg berkaitan dengannya.
Manakala orang awam, maka tak harus untuk membicarakannya kerana bersangatan
jahil mereka dan tak tahu kaedah takwil.
Dan
wajib kau tinggalkan pada perbicaraan apa yang berlaku antara mereka penyakit
hasad. Yang dikehendaki hasad itu ialah kecenderunngan kepada mana2 pihak
dengan jalan tak diredhai syarak.
Sabda
Nabi صلى الله عليه وسلم:
"الله الله في أصحابي
لا تتخذوهم غرضا من بعدي, من آذاهم فقد آذاني, ومن آذاني فقد آذى الله, ومن آذى
الله يوشك أن يأخذه"
“Takutlah kamu kepada
Allah, takutlah kamu kepada Allah bagi sahabatku. Jangan kamu jadikan mereka
sasaran seranganmu selepasku dengan kamu melemparkan kalimat yg tak layak dengan
kedudukan mereka. Siapa yg menghina mereka maka dia telah menghinaku. Siapa yg
menghinaku maka dia telah menghina Allah. Siapa yg menghina Allah hampir2 akan
disiksanya.”
Dan
dalam satu riwayat Nabi صلى الله عليه وسلم
bersabda:
"لا تسبوا أصحابي فمن سب أصحابي فعليه لعنة الله والملائكة
والناس أجمعين لا يقبل منه الله صرفا ولا عدلا"
“Jangan kamu mencela
sahabatku. Siapa yg mencela sahabatku maka baginya laknat Allah, Malaikat dan
seluruh manusia. Tak diterima daripadanya oleh Allah amalan fardhu dan sunat”
Baru-baru
ini Syeikh Husni Ginting ketika menolak pendapat guru kami Syeikh Khaleel
menyebutkan bahawa Muawiyah bukannya hendak membela darah Sayyidina Usman
tetapi kerana hendak berebut kuasa pemerintahan daripada Sayyidina Ali. Perkara
ini diucapkan pula kepada orang awam.
Bagi
saya ucapannya sangat berbahaya kerana taksub dan menghina kedudukan Sayyidina
Muawiyah. Kedua boleh menyebabkan orang awam hilang perasaan hormat dan
memuliakan para sahabat.
Saya
berdoa dan beharap agar Syeikh Husni Ginting insaf dan tidak mengulangi
perbuatan dan pekataannya tersebut. Jika tidak takutilah ancaman laknat
daripada Allah dan Malaikat dan tidak diterima amalan fardhu dan sunat.
Mohd
Amir bin Md Azmi,
Maktab
Mahmud Kuala Muda,
12.42
pm 9/1/2020.
Comments
Aku juga tawaquf ikhtilaf antara saidina Muawiyah & Saidina Ali r.a ...