Kepentingan Mempelajari Manhaj Muhaddisin


           
            Sunnah Nabawiyyah mempunyai kedudukannya yang istimewa dalam Islam sebagai sumber perundangan Islam yang kedua setelah al-Quranul Karim. Ia adalah wahyu daripada Allah Taala kepada RasulNya yang maksum صلى الله عليه وسلم . Allah Taala mewahyukan makna hadis-hadis tersebut. FirmanNya:

  وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى – سورة النجم : 3 & 4
           
         Di sinilah pentingnya mempelajari ilmu manhaj muhaddisin yang ambo sendiri mengaku kurang mahir bab ni. Belajar manhaj muhaddisin ni cukup penting. Bagi mereka yang mengkaji “ulum Islamiyyah” khususnya bagi yang mendalami ilmu hadis. Kalau di al-Azhar ada “Syukbah Hadis” dalam Kulliyyah Usuluddin ni. Pengajian ni akan memberi kita gambaran dan pengetahuan tentang marhalah-marhalah pembukuan Sunnah sejak zaman Nubuwwah hingga zaman sekarang.
             
           Selain itu, dengan belajar manhaj muhaddisin juga kita boleh tahu tentang manhaj kitab-kitab hadis dan ulum hadis dan cara-cara penyusunan kitab hadis. Daripada karangan kitab-kitab hadis yang pelbagai tersebut kita boleh mendapat macam-macam manfaat dan istifadah. Tanpa pengetahuan manhaj kitab hadis susah untuk kita memahami skop yang ingin diutarakan atau nak tahu tentang sesuatu hadis yang ingin kita takhrijkan. Ini pun satu lagi kelemahan ambo……Besaq tuah la kalau dapat tok guru dalam bidang ni.

            Jika anda ingin karang buku tentang Sunnah Nabawiyyah dan Ulum Hadis maka tak dapat tidak mesti anda arif tentang manhaj muhaddisin dan cara karangan para muhaddis hingga anda mampu menjelaskan cara sebenar para ulama hadis dalam karangan anda.

            Lagi pula, jika anda memperoleh suatu karya hadis dan anda tak mengenali penyusun, masa atau tahun ditulis kitab tersebut bagaimana tindakan anda? Dengan mempelajari manhaj muhaddisin anda dapat menentukan jenis kitab dan daripada kurun dan zaman bila ditulis kitab tersebut. Hanya jauhari mengenal manikam.”

            Kerana itu mempelajari ilmu ini penting dan bermanfaat khususnya bagi penuntut ilmu syarak.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat