Perihal Melihat Allah Taala

Kata Syeikh Ibrahim al-Laqqani:

ومنه أن ينظر بالأبصار***لكن بلا كيف ولا انحصار

للمؤمنين إذ بجائز علقت***هذا وللمختار دنيا ثبتت
Maksud: Dan setengah daripada Jaiz(harus) kepada Allah Taala pada hukum akal dan wajib percaya pada syarak bahawa melihat akan Allah Taala dengan mata kepala dalam akhirat.Tetapi tiada dengan kaifiat yang baharu dan tiada inhisor(yakni dihinggakan).Bagi segala orang yang mukmin, kerana dalilnya itu barang suatu yang Jaiz lagi dita’liqkan ia dengan barang suatu yang mumkin maka Imkan ia wujudnya pada hukum dan wajib tentu adanya ia pada dalil syarak yang wajib percaya ia dengan dia.Maka yakinlah hatimu dengan perkataan itu.Dan bagi Nabi kita Muhammad SAW itu telah hasil rukyah(memandang) kepada zat Allah Taala dalam mikraj Baginda ke langit.

Yakni rukyah kepada zat Allah Taala segala orang mukmin lelaki, wanita, kecil atau besar dan rukyah pula pula sekelian malaikat dan jin.Ada di kalangan ahli syurga dapat melihat Allah setiap kali Jumaat dan Hari Raya.Golongan tertentu yang khusus dapat melihat setiap hari pagi dan petang.Ada di kalangan mereka sentiasa dalam syuhud melihat Zat Allah.Kata Abu Yazid al-Bustomi: “Sesungguhnya bagi Allah ada golongan khusus di kalangan hambaNya yang apabila mereka terhijab di syurga daripada rukyah walau satu saat sudah tentu mereka melolong kesakitan kepada syurga dan nikmatnya sebagaimana melolongnya ahli neraka daripada neraka dan azabnya.”

Dan adapun orang yang kafir dan orang yang munafiq itu maka tiada rukyah sekali2 dengan ittifaq kata jumhur ulamak r.anhum.

Dan adapun tempat rukyah itu maka iaitu dalam syurga dengan ittifaq kata jumhur ulamak Ahlul Islam.Dan adapun rukyah dalam padang mahsyar itu maka iaitu berkhilaf2 ulamak dan adapun qaul yang rajih itu rukyah pula dalamnya.

Dan adapun rukyah dalam dunia maka iaitu tiada sah ia melainkan khusus pada Nabi Muhammad SAW ketika malam mikraj Baginda ke langit.Dan jikalau Nabi atau Rasul atau Malaikat sekalipun dan barang siapa mendakwa rukyah itu bagi lain Nabi Muhammad SAW dalam dunia halnya jaga maka iaitu sesat dengan ittifaq segala masyaikh.Dan kata Syeikh Kawasyi dan Mahdi maka iaitu menjadi kufur dengan dakwanya itu.

Dan adapun rukyah bagi segala wali Allah Taala maka iaitu tiada sah pula atas kata Imam Asy’ari yang rajih dan harus rukyah bagi hak orang yang tidur kerana bahawasanya syaitan itu tiada harus bermisal(menyerupai) ia seperti zat Allah Taala.Dan adapun segala haiwan dan jamadat maka tiada sekali2 rukyah.

Dihikayatkan bahawa Imam Ahmad melihat Allah Taala dalam mimpi sebanyak 99 kali.Lalu Imam Ahmad berkata: “Demi keagunganNya, jika aku melihatNya sempurna ke-100 akan kutanya Dia.Maka beliau melihatNya lalu Imam Ahmad bertanya: Wahai Tuhanku! Apa yang terlebih afdhal ibadat yang menghampirkan dengan dia oleh orang yang menuntut hampir kepadaMu?Firman Allah Taala: Iaitu dengan membaca kalamKu yakni membaca al-Quran wahai Ahmad.Maka aku berkata pula: Wahai Tuhanku!Sama ada dengan faham atau dengan tiada faham?Maka firmanNya: Sama ada dengan faham atau dengan tiada faham".

Dan adapun rukyah kepada sifat Allah Taala yang bangsa zati yakni sifat Ma’ani dan sifat Ma’nawiyah maka kata Syeikh Saad r.a tiada dalil yang menegahkan atas demikian itu kerana bahawasanya tiap2 barang yang suatu yang maujud itu maka iaitu sah rukyah kepadanya.

(Syahdan) – Dalil yang mengesahkan rukyah kepada zat Allah Taala itu beberapa dalil aqliyah dan dalil nas kitab dan ijmak sahabat r.anhum.Dan mengingkari segala orang hukamak daripada orang yang Muktazilah wujud rukyah kepada zat Allah Taala dalam akhirat istimewa dalam dunia dalam haq Nabi kita Muhammad SAW.Dan kata jumhur ulamak Malikiyah; maka iaitu menjadi kufur orang yang mengingkari akan rukyah.Antara dalilnya adalah firman Allah Taala:
وجوه يومئذ ناضرة * إلى ربها ناظرة – القيامة: 22

Berkata Imam Syafii r.a: “Demi Allah, sekiranya Muhammad bin Idris tidak yakin bahawa beliau akan melihat Tuhannya di akhirat, nescaya tidaklah disembahNya di dunia”

Dan rukyah kepada Allah Taala itu tiada khusus ia bagi umat Nabi Muhammad SAW tetapi rukyah umum segala umat yang dahulu.Istimewa Nabi dan RasulNya حامدا مصليا على حبيبه محمد صلى الله عليه وسلم آمين

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat