Hukum Mengadakan Kenduri Arwah dan Tahlil

Dan tersebut dalam beberapa kitab ulama yang dahulu mazhab Syafii iaitu kitab Iqna’ dan kitab Syarqawi dan kitab I’anatut Tolibin dan kitab Kasyful Litsam dan fatwa2 Mufti2 yang dahulu iaitu Mufti mazhab Syafii dan Mufti mazhab Hanafi dan Mufti mazhab Maliki dan Mufti mazhab Hanbali telah berfatwa mereka itu dengan kata: MAKRUH ahli mayat buat kenduri panggil orang berhimpun makan kenduri pada hari matinya dan pada hari2 yang kemudian daripada hari matinya.Mereka mengambil dalilnya dengan hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah.

Maka kita harap akan Allah mudah2an jika orang yang pergi makan kenduri itu baca ayat2 Quran dan zikrullah dan berdoa niat hadiah pahalanya.Maka diharap dapat manfaat sampai PAHALA bacaan mereka itu kepada mayat, bukan PAHALA kenduri kerana kenduri itu MAKRUH.

Maka difaham MAKRUH itu buat kenduri sebab kematian.Adapun jika buat kenduri sebab yang lain seperti kenduri berkahwin atau dapat nikmat atau lainnya maka diharap dapat pahalanya, dan jika diniat hadiah pahalanya kepada mayat maka diharap sampai pahalanya kepada mayat.

Dan dinaqal daripada Syeikh Ibnu Hajar: Jika dibuat kenduri sebab kematian kerana hendak melepas daripada orang cerca atau mengumpat, maka dapat pahalanya buat kenduri itu kerana mengumpat itu berdosa, dan kita tolong melepas daripada dosanya dengan tiada buat yang haram itu dapat pahalanya.Inilah jika dibuat kenduri itu tiada termasuk harta anak yatim.Adapun jika kita buat kenduri itu masuk harta anak yatim walaupun kenduri kahwin dan lain2nya maka iaitu haram.

Adapun kaum muda(wahabi) mereka kata: Buat kenduri kematian itu haram semata2 dan haram orang yang kena panggil itu pergi makannya.Inilah fahaman kaum muda(tak boleh pakai).

Rujukan utama: Sullamus Sibyan susunan al-Allamah al-Haj Chik bin Ahmad al-Qadahi

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat