Antara Perkara Penting Tentang Muqallid


Telah berlaku ijmak ulama bahawa tidak ada lagi Mujtahid Mutlak(diulangi Mujtahid Mutlak).Ibnu Hajar telah menukilkan daripada sebahagian ulama usul bahawasanya tidak terdapat selepas zaman Imam Syafii(termasuk Imam Ahmad b Hanbal) mujtahid mutlak.Imam as-Suyuti dengan keluasan ilmunya dalam pelbagai bidang hanya mendakwa dirinya Mujtahid Nisbi(mujtahid Mazhab) dan bukannya Mujtahid Mutlak.Sedangkan Imam Suyuti mengarang lebih daripada 500 karangan dalam pelbagai disiplin ilmu.


Ibnu Solah juga telah menukilkan ijmak bahawasanya tidak harus bertaqlid selain Imam empat mazhab hatta untuk beramal dengan diri sendiri.Apatah lagi untuk menjadi Qadhi atau member fatwa kerana mazhab lain tidak dipercayai nisbahnya kepada tuan punya mazhab dengan sanad2 yang dipercayai.


Menurut ulama, harus bagi mereka yang beriltizam dengan Mazhab Syafii(contohnya) bertaqlid dengan selain daripada mazhabnya ataupun beramal dengan pendapat marjuh(dhoif) dalam mazhabnya kerana dhorurat, yakni kesulitan yang tidak dapat ditanggung pada adat.Adapun dengan ketiadaan dhorurah maka haram hukumnya kecuali sekiranya si muqallid(orang yang bertaqlid mazhab Syafii contohnya) ahli dalam bidang tarjih dan Muqallid tersebut dengan keahliannya berpendapat dalilnya lebih rajih daripada dalil Imamnya.Wallahu a’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat