SAY NO TO LA MAZHABIAH
Sambung yang tadi.Ada la sorang mamat tu kata:
“Senang je. Orang biasa tahu satu qaul dan amalkan satu qaul, tapi saya baca banyak buku, saya tahu ada banyak qaul dan saya ambil qaul yang paling rajih walaupun... tidak dilakukan oleh kebanyakan orang Muslim di Malaysia. Bila orang pandang pelik, jadilah orang yang pelik itu wahabi. Orang pandai faham dan berlapang dada dengan perbezaan pendapat dan kepelbagaian pendapat dalam agama. Orang xpandai hanya tahu cakap "Wahabi " sahaja. Kena ikut mazhab Syafie je, tapi dia tak tahu bukan semua keadaan dia ikut Syafie. Ambil juga pendapat orang lain.”
Amboi, berlagaknya dia.Tanya balik mamat tu dia tau semua usul mazhab Syafii dan usul2 mazhab lain.Macam mana dia tau sesuatu qaul tu rajih?Macam mana nak rajihkan kalau ada 2 hadis yang bertentangan?Apa rukun dan syarat tarjih?Macam mana pula tarjih antara perawi:-hal perawi yang tua, faqih, terkemudian masuk Islam dll.Macam mana pula tarjih dari segi kekuatan dan kelemahan sanad serta matan?
Contoh tarjih rawi yang terkemudian Islam misalnya, ada 4 mazhab.Mazhab pertama mentarjihkan riwayat mereka yang terkemudian Islam.Yang berpendapat begini sebahagian ulama Hanbali dan jumhur ulama Syafii.Mazhab kedua pula merajihkan perawi yang terdahulu memeluk Islam.Ini pendapat sebahagian ulama Hanafi, Imam al-Amidi dan Ibnul Hajib.Dua pendapat lagi tak perlu rasanya al-faqir bawakan di sini.Jadi pentarjihan antara satu mazhab berbeza dengan mazhab yang lain.Pendapat yang rajih di sisi mazhab A adakalanya marjuh di sisi mazhab B dan sebaliknya.
Proses mentarjih juga ada rukunnya.Antara rukun yang terpenting adalah mujtahid yang dapat istinbat hukum daripada nas.Mujtahid pula terbahagi kepada mujtahid mutlak, mujtahid mazhab, mujtahid fatwa, ahli tarjih.Mujtahid mutlak adalah seperti imam 4 mazhab.Menurut Sayyid Bakri dalam kitabnya:
“Imam yang empat ini semuanya betul dan benar.Dan wajib bertaqlid dengan salah seorang daripada mereka.Dan siapa yang bertaqlid dengan salah seorang daripada mereka, lepaslah dia daripada tuntutan taklif syarak”
Dalam mazhab Syafii khususnya, Imam al-Haramain dan al-Ghazali darjatnya mujtahid mazhab.Imam Nawawi dan Rafii darjatnya mujtahid fatwa.Zakaria al-Ansori, Ibnu Hajar, Ramli, dan Khatib Syarbini darjatnya ahli tarjih.Imam Syafii tak sama taraf dengan Imam al-Haramain dan Ghazali.Imamul Haramain dan Imamul Ghazali pula tak setaraf dengan Imam Nawawi dan Rafii.Imam Nawawi dan Rafii pula tak setaraf dengan Zakaria al-Ansori, Ibnu Hajar al-Haitami, Ramli dan Khatib Syarbini.Apatah lagi Imam Syafii nak disamakan orang yang mengaku alim pada masa kini sekalipun bergulung2 ijazah dan PHD!!!
Aku berani mengatakan bahawa orang2 yang alim walaupun mereka yang berijazah sepuluh kali ijazah yang ada pada masa kita ini tak sama dengan Imam Syafii.Aku kata: Usahkan dengan Imam Syafii. Dengan Ibnu Hajar, Imam ar-Ramli, Zakaria al-Ansori dan Khotib Syarbini pun tak sama.
Kata Syeikh Abd Rahman bin Muhd Hussin mufti kerajaan Hadhramaut: (Masalah) telah menaqal Ibnu as-Solah akan ijmak ulama bahawasanya tak harus bertaqlid akan yang lain daripada Imam yang empat ini.Hingga untuk beramal untuk dirinya sekalipun.Apatah lagi untuk menghukum dan memberi fatwa di antara masyarakat umum.
Oleh itu pembaca sekalian, jangan terpengaruh dengan dakyah mereka yang melarang kita daripada bertaqlid dengan mana2 mazhab yang empat ini.Khususnya kita di Malaysia majoriti beramal dengan mazhab Syafii.Dalamilah ilmu yang terkandung dalam kitab2 Jawi dan Arab sekurang-kurangnya terlepas hukum fardhu Ain kita.”SAY NO TO LA MAZHABIAH”
Oleh,
Mohd Amir Md Azmi,
12.12 pagi 23 Ramadhan 1432H
Comments
“Imam yang empat ini semuanya betul dan benar.Dan wajib bertaqlid dengan salah seorang daripada mereka.Dan siapa yang bertaqlid dengan salah seorang daripada mereka, lepaslah dia daripada tuntutan taklif syarak”
Pohon ustaz kemukakan dalil arahan 'wajib' tersebut. Wajib bermakna sesiapa yg tidak melakukan perkara tersebut adalah berdosa. Dosa bole membawa ke neraka.
Tersebut didalam Kitab Tanwir Qulub Ms : 40 :-
Erti melayunya :-
Dan tiada harus bertaqlid akan yang lain daripada mazhab yang empat setelah terikat Ijma` Ulama diatas mereka itu, kerana bahawasanya segala mazhab yang lain daripada mereka itu tiada karang akan kitab-kitab dan tiada didhobit (dicatat) koedah mereka .
Dalil masuk neraka orang yang menyalahi ijma` ulama itu ialah :-
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :-
Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menjadikan ijma` (ulama ) ummat ku atas kesesatan. Dan bermula pertolongan Allah Taala beserta ijma`(ulama) ummatku .
Dan barang siapa yang keluar ia daripada ijma` (ulama ) nescaya menuju ke Neraka.
(H.Riwayat : Imam Turmizi daripada Ibnu Abbas )
Allah sebut "tanyalah ahli dzikir" (tidak disebut amik ahli dzikir satu mazhab je, keempat2 mazhab adalah ahli dzikir, takde kata pun kena taqlid satu je)
dan nabi pula bersabda "barangsiapa keluar drp ijmak nescaya menuju ke neraka"... skali lagi nabi tak kata pun sekiranya kamu keluar dari taqlid salah satu mazhab..
Adapun yg terdapat dlm kitab Tanwir Qulub adalah ulasan dan pendapat penulisnya, bukanlah dalil..
Saya bertanya ttg dalil wajib taqlid satu mazhab, bukan sy tanya masalah rujuk ulama or keluar ijmak..jgn jadi mcm ahli kitab gunakan dalil utk kepentingan dan ketaksuban sndri..
ok, sy nk jawab persoalan yg dibawa oleh arai zdin. tentang firman Allah, "tanyalah ahli dzikir" mmg xdisebut akan 4 mazhab, tp sy nk tanya, kamu faham ke apa maksud kalam Allah itu? sy nk tanya kamu, dr mana lg kita nk faham kalamullah kalau tidak diterangkan oleh ulama' yg terdahulu dr kita? ataupn kita nk pakai otak kita sndiri je main tafsir ayat tu? kalau kamu nk kata, ayat tu xleh digunakan utk dijadikan dalil kerana asbabunnuzul ayat tu membawa maksud yg berlainan, maksudnya xde guna la ulama' yg terkemudian tafsir quran tu. ahli zikir adalah org yg berilmu, dan pengasas kepada 4 mazhab tu semua adalah org yg berilmu. xperlu sy jelaskn secara panjang lebar kenapa org awam perlu taqlid kpd satu mazhab sbb diatas sana tu dah diterangkan pn.
----------------------------------
dan nabi pula bersabda "barangsiapa keluar drp ijmak nescaya menuju ke neraka"... skali lagi nabi tak kata pun sekiranya kamu keluar dari taqlid salah satu mazhab..
Adapun yg terdapat dlm kitab Tanwir Qulub adalah ulasan dan pendapat penulisnya, bukanlah dalil..
ok ni jawapan sy. sekali lg sy nk tanya, dr mana kamu nk faham hadith melainkan drpd ulasan ulama'? ataupn kamu tafsir ikut pakai otak? jgn jd org yg syok sendiri.
-------------------------------
Saya bertanya ttg dalil wajib taqlid satu mazhab, bukan sy tanya masalah rujuk ulama or keluar ijmak..jgn jadi mcm ahli kitab gunakan dalil utk kepentingan dan ketaksuban sndri..
jawapan utk soalan ni dh pn ade kt atas sana tu haa. klu kamu xnak ikut ulama' terdahulu yg mmg bersambung ilmu mereka kpd salafussoleh sehingga kepada nabi, sape lagi yg kamu nk ikut? just pakai baca kitab then tafsir sendiri? maaf, skang ni nmpak sgt yg kamu xfaham apa yg ditulis di atas tu. sekali lg sy mintak maaf kalau terasa, kerana sy xtahan kamu fitnah ustaz begitu. sekian
sbb sini dah kuar satu hukum iaitu wajib taqlid..maka kalau tak taqlid hukumnya dosa..persoalannya mana dia dalil pensyariatan wajib taqlid tu?
sila bezakan ye, kita tidak pernah mempertikaikan pendapat2 mazhab, bukan kita menolak pndgn mazhab2, dan bukan juga isu la mazhabiyah..isunya ialah taqlid mazhab..
kalau wajib taqlid maknanya kerajaan malaysia telah melakukan satu dosa kerana tidak taqlid imam syafie dlm bab bayar zakat..so sila fahami masalah pokok..again saya tekankan, kita bukan persoalkan mazhab, kita persoalkan WAJIB taqlid itu...ada faham?
gitu juga hadith nabi sbut tentang keluar dari ijmak, apa dia ijmak cuba kamu jelaskan? sape dia golongan mujtahid yg disebut dalam ijmak? adakah kamu taqlid syafie, selain dari itu lari dari ijmak?
so sblm prung prang bantai pndgn org, sila fahami masalah pokok terlebih dahulu.. isunya ialah taqlid, bukan tidak bermazhab... sbb kalau ikut teori kamu, wahbah zuhayli n ulama2 fiqh lain pun dah berdosa sbb tak taqlid...mereka bermazhab tp tidak bertaqlid...sedang kalau taqlid ini wajib, sah2 mereka berdosa...