Jangan mudah kafirkan sesama Islam

وواجب شفاعة المشفع محمد مقدما لا تمنع
وغيره من مرتضى الاخيار يشفع كما قد جاء في الاخبار
اذ جائز غفران غير الكفر فلا نكفر مؤمنا بالوزر
ومن يمت ولم يتب من ذنبه فامره مفوض لربه

Kata2 di atas adalah di antara bait Jauharatut tauhid Syeikh Ibrahim al-Laqqani.Maksud dan huraiannya adalah seperti berikut:

Yakni wajib atas tiap2 mukallaf itu mengiktiqadkan bahawasanya Nabi Muhammad SAW itu member syafaat umatnya.Dan syafaat Nabi Muhammad SAW tentu diqabulkan oleh Allah Taala dan dahulukan ia daripada barag yang lainnya(syafaat yang lain).Dan sebab demikian itu kata musonnif ra: Dan wajib percaya syafaat yang Musyaffa’ yakni diqabulkan Nabi Muhammad SAW namanya.Halnya jangan engkau menegahkan dia.Dan lainnya daripada ulama Akhyar itu member syafaat pula.Dalilnya itu seperti barang yang dating ia dalam khabar daripada hadis Nabi SAW.Dan lagi dalil yang bangsa(jenis) aqliah dan iaitu bahawasanya Allah Taala itu harus maafkan sekelian dosa yang lain daripada dosa kufur. Maka iaitu dengan syafaat Nabi Muhammad SAW istimewa dengan syafaat Uzma.Dan adapun dosa ain kufur itu maka iaitu tiada dimaafkan sekali-kali oleh Allah Taala dengan dalil yang putus(qat’i).Dan adapun dosa yang lain daripada itu maka harus dimaafkan dan jikalau di dalam hak orang kafir sekalipun.

Soal:Apa tiada harus dimaafkan dosa ain kufur?Jawab: Sebab bahawasanya demikian itu tiada sekali-kali berasa ia berdosa bagi orang yang bersifat kepada halnya(kufur).Bersalahan dosa yang lain maka iaitu tiada harus kita kafirkan orang yang mukmin sebab mengerjakan dosa yang bukan membinasakan iman halnya tiada yang mengiktiqadkan harusnya dosa besar keadaannya atau dosa kecil(menghalalkan yang haram sama ada dosa besar atau kecil.Menghalalkan yang haram adalah terkeluar daripada Islam).Maka inilah mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dan kata orang khawarij menjadi kufur orang itu sebab mengerjakan dosa kecil istimewa dosa besar.Dan kata orang Muktazilah keluar iman itu sebab berbuat dosa besar halnya tiada masuk ia dalam kufur melainkan dengan mengharuskan dia.Maka kata mereka itu batil lagi amat sesat.

Dan kata Ahli Sunnah wal Jamaah r.anhum: Barangsiapa mati orang yang berbuat dosa besar halnya tiada taubat daripada dosanya maka iaitu dalam Masyiatullah Taala.Maka harus disiksa dengan sekadar dosanya.Maka hasilnya itu bahawasanya manusia itu adakalanya kafir maka iaitu tentu masuk dalam neraka halnya kekal.Tiada dengan khilaf jumhur (ulama) Islam.

Dan adakalanya mukmin halnya tiada berdosa sekali2 seperti Nabi dan Rasul dan barang sebaginya maka iaitu tentu masuk dalam syurga halnya kekal dengan ittifaq ulama.Dan adakalanya mukmin yang berbuat dosa halnya sudah taubat ia daripada dosanya maka iaitu tentu masuk dalam syurga dengan dalil yang putus(qat’i) atas kata setengah ulama atau dengan dalil ijtihadi atas kata setengah ulama.Dan adakalanya mukmin yang berbuat dosa kecil maka iaitu dalam Masyiatullah Taala dan harus dimaafkan dan harus disiksa dengan sekadar dosanya halnya tiada kekal ia dalam neraka.Dan adakalanya mukmin yang berbuat dosa yang besar halnya mati sebelum bertaubat dosanya maka inilah tempat khilaf Jumhur ulama ahli Islma.(In sya Allah akan diterangkan kemudian)

Aku berkata: “Ingat, ulama sebut kita tak boleh kafirkan sesame Islam dengan maksiat atau pandangan yang berbeza hatta dia melakukan dosa besar melainkan kufur.Adalah malang apabila kita berlainan fahaman politik mengkafirkan orang yang tak sehaluan kita.Kalau orang yang tak ngaji mungkin boleh dimaafkan.Tapi saya pernah dengar dari mulut seorang pimpinan pelajar di Mesir UMNO kafir.Ini yang menyebabkan saya pernah tawar hati dengan PAS.Harap hentikan isu ni.Saya tak reti pasal strategi politik tapi dari segi hukum memang tak boleh.
Syurga neraka hak Allah bukan milik parti.Yang pastinya siapa yang mati dalam keadaan kufur walaupun ahli PAS Allah janji kekal dalam neraka.Manakala orang yang mati dalam keadaan Islam walaupun banyak buat dosa besar hatta orang zalim hatta orang UMNO ada harapan masuk syurga dengan rahmat Allah.

Satu lagi puak yang lazim dalam mulut diorang bid’ahkan dan kafirkan puak lain Wahabi.Aku no komen ngan puak ni.Kalau ada kalangan puak ni ajak debat aku terajang ja.Tapi kita jangan pulak kafirkan puak Wahabi ni.Serahkan kepada Allah.Wallahu A’lam”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat