Tingkatan2 Ilmu Tasauf

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu menyampaikan kepada manusia sesuai dengan kadar kefahamannya". (Al-Hadith)

Daripada hadith ini kita dapati, di mana antara manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. adalah dengan memerhatikan kepada siapakah Baginda s.a.w. ingin berinteraksi dan Baginda s.a.w. akan berinteraksi kepadanya sesuai dengan kadar akal dan kefahamannya. Jadi, kepada Rasulullah s.a.w. lah kita jadikan contoh dalam menyampaikan dakwah.

dalam ilmu tasawwuf ini, ada tiga jenis perbahasan.

Perbahasan pertama, berkaitan dengan asas-asas mengenal ilmu tasawwuf.

Perbahasan kedua, berkaitan dengan tasawwuf praktikal, atau amali.

Perbahasan ketiga berkaitan dengan ilmu-ilmu zauqi (yang dirasai oleh hati yang sudah mencapai muamalah dengan Allah s.w.t.)

Adapun perbahasan jenis pertama iaitu asas-asas pengenalan terhadap ilmu tasawwuf, maka ia merupakan suatu perbahasan dalam rangka mmperkenalkan kepada orang tentang apa itu tasawwuf, kedudukan tasawwuf dalam Islam, sejarah perkembangan tasawwuf dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai Pengantar ilmu Tasawwuf. Ia perlu disebarkan secara umum kerana masyarakat Islam seluruhnya perlu mengetahui hakikat sebenar Ilmu Tasawwuf Islami agar mereka tidak terkeliru dengan dakyah musuh-musuh Islam yang cuba menjatuhkan ilmu Tasawwuf Islami itu sendiri.

Perbahasan kedua pula adalah ilmu berkaitan dengan ilmu-ilmu praktikal dalam tasawwuf itu sendiri, seperti perbahasan tentang taubat, zuhud, ahwal, maqam dan sebagainya. Ia juga perlu diajarkan kepada umum sesuai dengan kefahaman orang yang sedang kita berbicara dengannya. Ia perlu disampaikan kepada umum kerana ianya perlu diamalkan oleh seluruh umat Islam, terutamanya bagi mreka yang sudah mempunyai mursyid yang membimbing mereka dalam perjalanan menuju Allah s.w.t..

Adapun perbahasan ketiga, iaitu perbahasan tentang zauq-zauq (perasaan-perasaan hati) yang merupakan natijah daripada seseorang yang sedang berjalan menuju Allah s.w.t. mahupun seseorang yang sudah sampai kepada perjalanan pada kebersamaan Allah s.w.t.. Maka, ianya kalaupun dibincangkan kepada orang yang tidak sampai tahapnya, tanpa sebarang tujuan ilmiah atau tanpa sebarang kemaslahatan, maka ianya boleh menyebabkan orang tersebut terfitnah samada dia salah faham terhadap apa yang cuba disampaikan lalu sesat ataupun dia terus mendustainya sama sekali.

Adapun masalah wahdatul-wujud, istilahnya sendiri bukanlah daripada kaum sufi, tetapi daripada kaum pengkritik golongan sufi yang tidak faham ungkapan-ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan sebagainya. Namun, penghayatan daripada ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan para wali Allah yang lain, maka itu juga termasuk dalam perbahasan jenis ketiga ini, yang mana sangat sedikit manfaatnya untuk dibincangkan kepada mereka yang bukan ahlinya, sepertimana seorang guru matematik yang mengajar kanak-kanak di tadika tentang ilmu Algebra. Memang benar, Algebra adalah sebahagian daripada ilmu Matematik, tetapi ianya suatu bahagian ilmu yang tinggi jika dibandingkan dengan tahap kanak-kanak tadika tersebut.

Apa yang paling penting, zauq (rasa) tersebut sebenarnya asasnya pada ilmu sifat 20 itu sendiri. Ia merupakan terjemahan sifat 20 ke dalam kehidupan melalui proses zikir dan mujahadah. Apa yang penting adalah seseorang mendalami ilmu aqidah Islam, lalu mengambil mursyid yang kamil utk membimbingnya menuju Allah dan insya Allah, Allah s.w.t akan membantunya utk sampai kepadaNya.

wamaa taufiq illa billah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfirotu..
wallahualam...

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat