Kisah Kekeramatan Syeikh Qutbuddin
Kata Ibnu Battutah: Aku telah membeli seorang budak suruhan berbangsa Turki di Naisabur dan apabila Syeikh Qutbuddin melihat budak suruhan itu bersama2 denganku, beliau berkata, “Budak suruhan ini tidak baik bagimu.Juallah dia.” Aku pun berkata, “Baiklah!” Aku pun menjual budak suruhan itu pada keesokan harinya dan ia dibeli oleh seorang peniaga.Selepas itu, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Syeikh Qutbuddin dan berangkat pergi.Ketika aku singgah di kota Bistam, salah seorang sahabatku menulis kepadaku dari Naisabur dan memaklumkan bahawa budak suruhan tersebut telah membunuh seorang kanak2 berbangsa Turki lalu ia dihukum bunuh.Ini merupakan suatu keramat yang jelas dimiliki oleh Syeikh Qutbuddin r.a. Aku berjalan dari Naisabur ke kota Bistam.Dengan nama kota inilah, al-Syeikh al-Arif Abu Yazid al-Bistami ra yang terkenal itu dikaitkan.Makamnya terletak di kota itu dan bersebelahan dengan makamnya iaitu di bawah kubah yang sama ialah makam salah seorang anak Ja’far al-Sadiq ra.M...